Assalamualaikum pembuka bicara….
Pagi ini saya sekali lagi mendapat sms drpada seorang sahabat baik.sms sebegini sudah lama saya dapat sebelum ini.dahulu ia menggunakan surat.kita perlu Photostat dan sebarkan.sebelum memula bicara dan fikiran saya,adalah baik saya paparkan di sini contoh sms yg saya terima agar boleh dijadikan peringatan kpd semua.
“ Allahumma inni as aluqa tahhdy bihal qalbi watajmu bihal fitnati anni “ doa Nabi Muhammad SAW.kirimkan ke 10 org Insyaallah 2 jam kemudian kamu akan mendengar khabar baik & mendapat kebahagiaan tetapi jika tidak menyebarkan maka kamu akan mendapat musibah besar demi Allah ini adalah amanah dan jangan dihapuskan sebelum disebarkan.
Begitulah smsnya.ada juga yg email antaranya diceritakan pengalaman seorg hamba Allah yg tidak menyebarkan dan memadamkannya.selepas 10 hari anak nya meninggal dunia.masyallah….
Cuba kita perhatikan secara terperinci sms ini. Pada hemat saya ia sebenarnya dakyah yahudi ataupun kristian untuk memesongkan dan merosakkan akidah umat islam. Saya ambil contoh, solat adalah satu suruhan utama Allah SWT ke atas umatnya. Tetapi pernah kah dalam Quran disebut jika anda solat hari ini,lagi 2 hari anda akan perolehi sesuatu yg baik.jika tak solat lagi 10 hari anda akan ditimpa musibah. Walaupun solat adalah yg utama dan tiang agama. Bagaimana pula doa Rasulullah blh menjadi lebih penting??bkn utk memperkecilkan.tetapi ini bermakna doa Rasulullah disalah guna untuk memesongkan akidah umatnya sendiri oleh pihak yg tidak bertanggungjawab…nauzubillah….
Cara digunakan ini sgt halus.kebanyakan penyebar yg saya Tanya mereka menjadi serba salah jika tak sebarkan. Ini maknanya mereka yg menciptanya berjaya. Saya terfikir bagaimana sekiranya sms sebegini diperolehi oleh seseorg yg lemah akidah dan pegangan agamanya.apa akan terjadi. Dia pun sms lah kepada 10 org dan menanti harap sesuatu baik akan berlaku..rezeki dtg mengolek tiba2…dia menunggu tanpa berusaha.kemudian dr 2 hari ke 10 hari…ke 15 hari..apa yg akan difikirkannya? Penipu!! Doa Rasululla SAW apa begini..tipu…Allah SWT penipu…rugi kredit HP aku..masyallah…boleh terjadi perkara sebegini….siapa harus bertanggungjawab??
Begitu juga dgn musibah…pernah saya dpt email yg peristiwa seorg hamba Allah tak sebar,10 hari kemudian anaknya meninggal dunia…apa terjadi sekiranya dia terfikir,anak aku meninggal disebabkan aku tak sebar sms or email hari tu lah ni…aku yg bersalah…aku bodoh padamkan email tersebut….masyallah.sedangkan anaknya meninggal pada masa itu adalah kerana ajal dan masanya sudahpun ditentukan oleh Allah SWT. Apa akan jadi pada hamba Allah SWT itu.siapa dia akan salahkan?? Penghantar email mungkin…salah kan diri sendiri mungkin…salahkan Allah SWT…mungkin dia akan lupa akan itu sebenarnya tarikh yg Allah tentukan untuk mengambil nyawa anaknya…dia lupa segalanya..mungkin pada pendapat kita,takkanlah…tapi ia tidak mustahil. Walaupun seorg saja yg berfikiran begitu, ini bermakna email sebegini sudah berjaya memesongkan umat Rasulullah SAW. Ia sebenarnya tidak mustahil dengan keadaan zaman kita yg maju…zaman dimana tatkala solat masjid hanya ada 1,2 saf sahaja.
Dan apa pula jika memang dia tidak menyebarkan dan lagi 10 hari tiada apa yang berlaku…dia akan fikir..ah tipulah doa2 Rasulullah ni…tgk takde apa pun berlaku…sudah menimbulkan riak..dan jika yg rendah akidah akan memperlekeh2kan isi asal sms tersebut.pada saya jika kita memperolehi nya kemudian hari,ada baiknya kita delete bahagian yg menyusruh sebarkan…kita sebarkan sahaja doa rasulullah SAW. Tanpa mengharapkan balasan dunia.niat ikhlas sama2 memperingati sesame islam.itu lebih baik.
sesungguhnya cara email palsu sebegini amat halus.sesiapa sahaja boleh terpengaruh. Anda rasa kalau smsnya berbunyi begini,adakah anda akan menyebarkannya??
“ Rukun Negara ada 5 iaitu kepercayaan kpd tuhan,kesetian kpd raja & Negara,keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang2 , kesopanan dan kesusilaan. kirimkan ke 10 org Insyaallah 2 jam kemudian kamu akan mendengar khabar baik & mendapat kebahagiaan tetapi jika tidak menyebarkan maka kamu akan mendapat musibah besar. Demi Allah ini adalah amanah dan jangan dihapuskan sebelum disebarkan.”
Anda rasa jika anda yg dapat sms begini.adakah anda akan sebarkan??tentulah TIDAK!! Kenapa tiada sms sebegini.kerana sms sebegini tidak akan memesongkan akidah umat islam secara maksimum. dan pihak tak bertanggungjawab takkan mengunakan isu sebegini kerana ianya tidak sensitif,ia tidak menakutkan, ia tidak menyentuh soal islam. Tiada di dalam Quran dan hadith perkara sebegini. Siap dgn tarikh berapa hari musibah berlaku jika tidak disebarkan. Jika dibiarkan berterusan, orang akan lupa segala apa yang berlaku adalah sebenarnya daripada Allah SWT. Dia yang berkuasa melakukan segalanya, Dialah Maha Agung yang mengerakkan sesuatu benda dan perkara.
Ia sama juga seperti ubat. Kita sakit,kita pergi klinik. Doctor bagi ubat. 3 hari makan ubat kita sihat dan pulih. Apa akan kita katakan?? Wah..bagus doctor tu.aku jumpa dia,3 hari sembuh. Atau bgs ubat klinik tu,makan 3 hari je trs sembuh.mujarab sungguh. Atau Alhamdulillah..Allah SWT menyembuhkan aku dgn ubat tersebut….sebab tu kita perlu pelajari sifat 20 Allah SWT. Kita akan jelas akan hal sebegini.
Sebagaimana SMS tadi, kita akan menyalahkan SMS. Jika sebaliknya kita akan memuji SMS…Wah! Kerana aku sebarkan kpd 10 org,arini aku naik pangkat!!!...kita naik pangkat disebab kan SMS atau ianya rezeki yg Allah janjikan kepada kita…sesungguh manusia mudah lupa dan lalai. Kita hari ini jarang berfikir. Oleh itu kita kena saling ingat mengingati. Kita manusia lemah.saya manusia lemah yg pasti terlalai melakukan kesilapan. Kerana itu kita perlu isikan diri kita dgn ilmu, isikan roh kita dengan zikir dan sbgnya, sentiasa berfikir akan apa yg berlaku.
Sesungguhnya apa yg Allah SWT jadikan ada hikmah positifnya. Satu hari kita accident ada baiknya kita fikir dan carikan apa sebenarnya yg Allah SWT sembunyi daripada apa berlaku ini…daripada kita kecewa,marah2,bergaduh dan sebagainya…pasti ada yang baik. Allah takkan jadikan sesuatu untuk menghancurkan umatnya beragama islam. Jika ianya balasan sekalipun ada positifnya…ia mengingatkan kita akan kesilapan kita. Ia juga blh dijadikan pengajaran kpd yg lain dan Allah SWT memilih kita sbg sampelnya…
Setakat ini sahaja lah untuk kali ini. sama2 kita renungi akan perihal SMS dan EMAIL dakyah ini…jika anda dapat,and abaca byk kali.amatinya…renunginya..dah rujuk kembali kps Allah SWT. Pasti anda akan Nampak akan kepalsuan SMS atau Email begini.Allahualam….
Thursday, March 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
betul betul betul
byk berlaku skrg...dulu surat.skrg sms.saya pernah byk kali dpt.mula2 dulu tak tahu.forwardkanlah.apapun terima kasih ats penerangan ini.sama2 kita nasihatkan kalau ada lagi sms sebegini.
semalam baru dibincangkan oleh Dato Fadhilah Kamsah dlm Astro Oasis 106..pagi jam 7am..sms songsang tajuknya....nmpknya amat senang umat islam hari ini dipesongkan akidah dek krn kecetekan ilmu agama kan...mohon dilindungi dan diselamatkan semuanya...amin..
yeh aku sokong habiz-habizan ngan artikel ni teruskan usaha anda untuk kebaikan umat islam kini....ye lah umat sekarang ni banyak yang terdedah ngan dakwah yang palsu semata-mata dan memesongkan umat sekarang ni ada satu lagi yang menjadi kebiasaan masyarakat sekarang ni iaitu menjadi bomoh diri di mana mereka mempercayai sesuatu sebagai contoh sekiranya seekor rama-rama ataupun burung masuk ke dalam rumah maka mereka mengandaikan sesuatu yang tidak baik ataupun sesuatu perkara akan berlaku bukan kah itu dapat memesongkan akkidah nauzubillah....
Post a Comment