Tuesday, November 4, 2008

Pengalamanku 1 : ILMU ALLAH SWT – Allah Pemberi Rezeki Para Makhluk

Pengalaman yang kulalui ini adalah sekadar teladan bagi mana yang baik dan sempadan sekiranya dirasakan tidak baik. Diharap apa yang dikongsikan pada tajuk ini dapatlah sama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah SWT hendaknya…Insyallah

Aku selalu berfikir setiap kejadian yang berlaku dalam hidupku samaada sekarang, dahulu mahupun akan datang dari sudut berbeza. Makannya kita lihat dari sudut positif. Sudah menjadi kebiasaanku melihat sesuatu itu dengan hati dan bukan dengan perasaan. Adalah juga menjadi hobi ku memikirkan apa yang berlaku itu, kenapa ia berlaku, bagaimana ia berlaku, apa kesan ia berlaku dan kenapa Allah SWT jadikan ia berlaku..tidak kira ianya baik atau buruk. Kerana aku percaya setiap yang berlaku walupun buruk, sebenarnya tersembunyi sesuatu yang baik. Itu yang Allah SWT mahu kita sendiri berfikir akan kejadian yang di Qadak Qadar kan. Jika sesuatu yang buruk berlaku,kita berfikir dengan perasaan, sudah tentu apa yang Allah SWT nak tunjukkan dan berikan secara tersirat kita tak dapat perolehi. Malahan ia juga boleh dikatakan sebagai ujian. Kebanyakkan kita bila sesuatu berlaku, kita akan mengatakan..Oh! Ujian Allah SWT..sabar…sabar…itu tindakan yang betul. Namaun ada baiknya lagi sekiranya kita berfikir kembali seperti yang aku katakana tadi..kenapa ia terjadi?apa sebab Allah SWT mahukan ia terjadi…

Tajuk kali ini aku berkisarkan tentang Ilmu Allah seperti diatas juga tapi lebih menjurus kepada soal rezeki. Aku percaya setiap daripada kita ada rezekinya masing-masing. Tidak kiralah berjawatan tinggi atau rendah, berniaga atau tidak. Peminta sedekah sekalipun diberikan rezeki. Tetapi macamana rezeki tersebut datang. Itu yang menarik perhatianku. Itu yang membuatkan aku berfikir dan kagum dengan apa yang berlaku atas kekuasaan-Nya. Kebanyakkan kita mungkin tidak pernah terlintas atau berfikir akan kejadian ini.

Suatu hari, Aku ke masjid Kg. Baru untuk bersolat jumaat. Sebaik memasuki masjid, azan berkumandang..sesudah solat sunat. Aku duduk menanti khutbah. Semasa sedang duduk melihat-lihat orang sekeliling. Tiba-tiba melintas seorang hamba Allah membawa karung kain untuk sedekah masjid. Aku cepat-cepat cuba mengeluarkan dompetku. Tetapi tak sempat. Dia berlalu pantas. Punyalah laju dia berjalan. Terlintas juga aku, masjid ni agaknya tabung sedekahnya banyak ni…aku sangkakan orang yang memungut sedekah tu akan lalu semasa khutbah. Jadi aku mengeluarkan beberapa RM dan diletakkn di dalam poket baju. Manalah tahu kot-kot datang lagi..tapi memang dia dah tak datang. Aku fikir,takpelah. Masukkan dalam tabung masjid. Sesudah solat,semasa berjalan keluar entah macammana aku langsung terlupa akan tabung masjid. Setiba dip agar masjid datang seorang lelaki tua berkupiah ( solat sekali ) menadah tangan minta sedekah. Memang kelemahan utama aku bila tengok orang tua susah. Dengan tanpa berfikir panjang aku terus mengeluarkan beberapa RM yang sepatutnya aku masukkan dalam tabung masjid tadi dan memberikan kepada nya. Dia mengucapkan Alhamdulillah..aku berlalu pergi. Setiba di kedai kawanku yang berhampiran. Aku terfikir balik. Rupanya apa yang berlaku dalam masjid, adalah menjurus kepada rezeki untuk pakcik peminta sedekah itu. Besarnya kuasa Allah SWT. Dia membuatkan aku tak sempat untuk mengeluarkan dompet..Dia juga membuatkan aku terlupa untuk ke tabung masjid..rupanya duit tersebut sudah ditetapkan rezeki pakcik tersebut…Allahualam…

Pada hari lain pula..aku lupa sebelum ke selepas. Aku tiba-tiba teringin untuk makan KFC. Lalu aku drive ke sana. Aku keluarkan RM20 dan masukkan ke dalam poket baju. Senang nak bayar nanti. Setibanya di KFC, aku tiba-tiba datang terlintas di fikiran..Alah..buat apa aku makan KFC..mahallah…lagipun tengah-tengah bulan ni. Makan nasi lagi sedap kot. Aku terlintas nasi ayam kampong di satu medan makan di Cheras. Aku hanya lalu sahaja depan KFC dan menuju ke medan makan. Aku mengambil nasi dan membayar mengunakan duit yang aku letakkan dalam poket baju. Sedang aku makan, tiba-tiba datang seorang makcik dengan kanak-kanak kecil menjual kacang kecil. Orang melayu. Pakaian agak lusuh. Aku faham mereka orang susah dan meniaga kacang dalam paket-paket kecil kerana cuba berusaha dan tidak mahu meminta sedekah. Sampainya dimeja aku, aku lantas mengeluarkan duit baki dalam poket bajuku dan memberi kepadanya.Dia menhulurkan kacang. Tapi aku menolak. Aku katakana sedekah. Selepas mereka beredar. Aku kembali berfikir. Itu juga rezeki Allah SWT untuk makcik tua dan anaknya itu. Macammana daripada mula kejadian aku tiba-tiba teringin nak makan KFC..aku mengeluarkan duit ke dalam poket baju..aku tak jadi makan KFC dan teringin pula ayam kampong…rupanya dari segi masa memang tepat aku ke sana dan makcik tersebut ke sana…Maha Besar kuasa Allah SWT..

Banyak lagi kejadian-kejadian seperti berikut berlaku. Sebab tu orang selalu kata ulat dalam batu pun boleh hidup. Sebagaimana Firman Allah dalam Al-‘Ankabuut ayat 60 :

“ Dan berapa banyak binatang yang tidak ( dapat ) membawa ( mengurus ) rezekinya sendiri. Allah lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ”

Juga dirman Allah SWT dalam surah An-Nahl ayat 14 berbunyi :

“ Dan Dialah yang menudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan ( selain itu ) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpahNya dan supaya kamu bersyukur ”

Juga Surah Al-Mulk ayat 15 :

“ Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu, mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan ( ingatlah ), kepada Allah jualah ( tempat kembali kamu sesudah ) dibangkitkan hidup semula ( maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya ) ”

Aku pasti apa yang berlaku ini pastu berlaku kepada kita semua. Dititik beratkan juga supaya sentiasa lah kita bersedekah. Sesukar mana pun kita, sedekahlah kerana pasti ada yang lebih sukar daripada kita. Allah SWT juga sudah janji kan akan pahala dan balasan di dunia kepada yang bersedekah..insyaallah…kejadian ini sama juga seperti kita. Cuba perhatikan kembali apa berlaku kepada diri sendiri. Bagaimana Allah SWT memberi rezeki kepada kita. Sama juga dari cerita-cerita orang pasal berkahwin tak cukup duit. Ramai orang kata jangan risau. Tarikh dah ada, Insyaallah sebelum tiba tarikhnya. Allah SWTakan datangkan rezeki kerana kita membuat benda baik. Begitu juga pasangan yang baru dapat anak atau pun anak ke-2 atau anak ke-3. Kadang-kadang kalau difikir secara logic kepada yang bekerja begaji tetap. Macammana mereka boleh menampung. Bagaimana pula orang selalu kata rezeki anak…rezeki anak…dapat anak naik pangkat…dapat anak naik gaji..ya betul..kerana itu kurniaan Allah SWT. Kerana bila dapat anak,sudah tentu kos hidup meningkat. Tetapi Allah SWT dengan bijak mengatur kembali agar anak iaitu amanah yang diberikan dapat keperluan. Namun ada juga sebaliknya. Hal tersebut kita kena rujuk kembali hubungan kita dengan Allah SWT. Ada sebab Dia berbuat demikian.

Oleh itu, sama-samalah kita merenung kembali kepada apa yang berlaku dan apa yang bakal berlaku tak kira baik atau buruk. Di mana Allah SWT sembunyikan yang baik nya. Itulah Ilmu Allah. Ilmu yang kita kena cari. Begitu juga dengan Ilmu ini. Apa yang anda baca ini adalah daripada Allah SWT. Jika tidak masakan aku boleh terlintas untuk membuka blog. Aku boleh terlinta untuk menaip tajuk ini. Aku terlintas untuk berkongsi tajuk ini. Apa yang anda baca ini adalah daripada Allah SWT untuk anda. Aku hanya perantaraan ataupun medium Allah SWT pakai untuk sampaikan ilmu ini kepada kita. Jadi hargailah ia…Allahualam….
Sekian..Wassalamu

Friday, October 31, 2008

KENAPA TAKUT UNTUK MELABUR DI UNIT TRUST SEKARANG???

Semenjak dua menjak ni kita selalu mendengar orang ramai takut nak invest dalam Unit Trust. Kebanyakkan daripada mereka tidak memahami konsep sebenar Unit Trust. Kepada yang tahu dan bijak,berebut-rebut untuk melabur sekarang. Kerana bagi mereka ini lah masa terbaik dan kelebihan untuk mereka. Kerana harga unit setiap hari makin rendah. Juga harus diingat bahawa unit yang dibeli tidak akan berkurangan pada masa hadapan. Cuma bergantung kepada harga unit dan dividen serta bonus. Sudah tentu market akan kembali naik. Cuma masa menentukan. Andaikata market merudum seperti ini dalam masa 10 tahun atau 15 tahun terus menerus. Adakah ringgit Malaysia masih laku diguna pakai? Sudah tentu tidak. Tidak kira anda labur atau tidak wang tersebut. Tambah-tambah wang EPF akaun 1. Akaun 1 memang langsung kita tidak dapat usik sehingga umur mencecah 55 tahun kecuali untuk Unit Trust sahaja. Kenapa kerajaan dan EPF memberi ruang begitu kepada syarikat Unit Trust sekiranya ia merugikan pelabur. Ini sudah tentu kerana Unit Trust memang terbukti memberi pulangan tinggi dalam jangkamasa sederhana dan panjang. Lagipun kerajaan dan EPF sedar mereka tidak mampu memberi pulangan yang tinggi dan memenuhi permintaan rakyat beragama islam untuk melabur di kaunter syariah sahaja. Kerana Malaysia rakyat berbilang kaum dan agama. Jika umur anda sekarang 53 tahun ke atas..ya! anda patut risau untuk laburkannya. Kerana unit trust biasanya untuk jangka masa sederhana atau panjang.

Keadaan sekarang ibarat seperti anda seorang peniaga baju t-shirt. Harga jualan anda untuk sehelai ialah RM10 katakan. Anda mendapat baju dari pembekal Rm8 sehelai..untung Rm2. Katakana sautu hari datang pembekal lain menawarkan anda RM6 sehelai…adakah anda akan memilih pembekal pertama atau kedua? Kalau anda peniaga bijak,sudah tentu yang kedua bukan. Dan katakana lagi suatu hari datang pula pembekal ke-3 menawarkan RM5 sehelai. Pembekal mana yang anda pilih? Kalau nak untung banyak sudah tentu pembekal ke-3,bukan? Sama juga senarionya dengan market sekarang dalam Unit Trust. Apa alasan anda untuk tidak melaburkan wang EPF anda? Apa yang kita boleh lakukan sekarang ialah untuk pengeluaran pertama, kita masukkan sedikit sahaja ke dalam dana ekuiti, selebihnya masukkan ke dalam dana money market. Maka apabila bulan depan harga unit jatuh lagi murah, anda masih mempunyai modal untuk dilaburkan iaitu dalam money market. Jadi ia ibarat Regular Saving. Secara average anda akan memperolehi harga unit yang rendah.

Kalau diperhatikan keadaan sekarang, adakah ia secara kebetulan. Kerana megikut sejarah market Unit Trust, selepas market BOOM. Market akan jatuh teruk. Contohnya kita lihat bila market meletup.1997,2000,2004 dan 2007. 2007 pulangan dana mampu mencecah 65% untuk setahun pelaburan. Boleh juga dilihat pada 2004. Selepas itu 2005, dana ekuiti terbaik memberi pulangan -5%. Market jatuh. Jadi inilah masa yang sesuai dan dijangka market akan meletup kembali pada 2010 atau 2011 kalau sejarah atau trend market ini tidak berubah. Kepada yang muda, jangka masa anda panjang sebelum tiba usia 55 tahun.

Bagaimana pula dengan pulangan sekiranya anda masih melabur didalam EPF. Tahun 2007 pulangan EPF adalah 5.8%. 5.8% adalah pulangan EPF semasa tahun 1971. Oleh itu, adakah ia mampu mengatasi Kadar Inflasi?? Sudah tentu Tidak!! Mengikut Kajian Bank Negara Malaysia Inflasi sekarang terutama di Bandar-bandar ialah 7-8%. Namun ia dikira dari segi barangan keperluan rumah yang diisikan ke dalam satu bakul. Bagaimana dengan harga baju? Harga minuman di kedai? Harga roti canai? Harga burger? Andaikata kita katakana kadar inflasi ialah 8%. Dan pulangan EPF 5%. Makan setiap tahun wang anda di dalam EPF semakin menyusut 3%. Adakah mampu untuk menampung anda di usia emas nanti. Cuba anda perhatikan kenapa warga emas sekarang setelah pencen, wang epfnya dihabiskan dalam tempoh 3 tahun sahaja mengikut kajian. Ini kerana Inflasi. RM50K dahulu dengan RM50K sekarang jauh bezanya. burger semasa 10 dahulu RM1. sekarang? RM2.50. itulah peningkatan inflasi.

Cuba kita Tanya diri masing-masing. Kalau mahu melabur, adakah anda mahu membeli unit dengan harga yang mahal atau murah. Prinsip pelaburan ialah beli harga rendah,jual harga mahal. Jadi disebabkan itulah keadaan sekarang dikatakan advantage kepada pelabur terutama melalui EPF. dalam keratan akhbar Berita Harian Selasa 22 Julai 08 juga ada mangatakan Pesara Perlu Simpanan Minimum RM120,000 sekarang jika ingin hidup selesa. kalau dikira secara tepat, sebenarnya ia masih belum mencukupi kalau kita perhatikan gaya hidup sekarang dan keadaan sekarang. Rm120,000 itu juga sekarang. 10 tahun lagi sudah tentu lagi banyak berdasarkan Kadar Inflasi kita.

Pada post seterusnya saya akan ceritakan pula kenapa anda seharusnya memilih MAAKL MUTUAL BHD dan bukannya yang syarikat lain. Banyak kelebihannya sekira anda tahu. Untuk pulangan yang terbaik, anda harus melabur dengan cara yang betul. Portfolio yang betul. Adviser yang betul. Bukan hanya laburkan sahaja dan ditekankan sahaja bahawa pelaburan Unit Trust untuk jangka masa sederhana dan panjang. Ia juga betul tetapi melimitkan pulangan pelaburan anda. Maka carilah yang terbaik dan bukan yang terbesar atau No 1 kerana No 1 hanya lah dari segi jumlah asset sahaja. Lihatlah rekod dahulu, perjalanan dahulu dan berapa lama syarikat tersebut bertapak. Jika lama sudah tentu asetnya besar. Namun ianya tidak menjamin pulangan yang tinggi. Cuba anda pilih..adakah anda ingin melabur di dalam syarikat yang NO 1 dari segi jumlah asetnya atau syarikat yang mendapat jolokan The Fastest Growing Unit Trust Company In Malaysia. Jika cepat ia berkembang maka ia membawa maksud bahawa pulangannya bagus dan konsisten serta cara pengurusan pelaburannya yang betul dan baik…sekian, wassalamu

Renung-renungkan…dan Selamat Melabur

Tuesday, October 28, 2008

CERITA TELADAN 1 : Malaikat memberi penghormatan kepada Mu'awiyah

cerita ni aku ambil daripada buku lama-lama. masa balik kampung terjumpa balik.tak ingat masa darjah berapa dulu pernah baca. so aku kongsikan di sini mungkin boleh dijadikan teladan,ikutan ataupun ilmu kepada semua..insyallah....

Anas bin Malik r.a berkata : Sewaktu kami bersama-sama Rasulullah s.a.w berada di Tabuk, maka terbitlah matahari yang mana cahayanya belum pernah terlihat seperti itu sebelumnya. Jauhnya cahaya itu dari Rasulullah s.a.w dengan kota Madinah ialah sebulan perjalanan. Maka pada satu hari terbit pula matahari dalam keadaan redup, dan turun malaikat Jibrail a.s

Apabila melihat kedatangan Jibrail a.s, maka Rasulullah s.a.w pun lantas bertanya : " Wahai Jibrail, kenapa matahari hari ini teribit dalam keadaan redup?"

Berkata Malaikat Jibrail a.s : " Matahari hari ini nampak seperti redup adalah kerana terlampau banyaknya sayap para malaikat "

Berkata Rasulullah s.a.w pula : " Apa halnya maka terjadi demikian?"

Berkata Jibrail a.s : " Ini adalah kerana Mu'awiyah telahpun meninggal dunia di Madinah, Allah s.w.t telah mengutuskan seramai 70,000 malaikat supaya membaca selawat untuk Mu'awiyah "

Berkata Rasulullah s.a.w : " Apa sebabnya?"

Berkata malaikat Jibrail a.s : " Ini adalah kerana Mu'awiyah itu selalu banyak membaca " Qul huwallaahu Ahad " di waktu malam, siang, pagi,balik bahkan setiap keadaan "

Berkata Jibrail a.s lagi : " Ya Rasulullah s.a.w, mahukah kamu aku genggam bumi ini supaya bumi ini membaca selawat untuk Mu'awiyah?"

Berkata Rasulullah s.a.w : " Ya Jibrail, teruskan "

setelah mendapat perintah dari Rasulullah s.a.w, maka Jibrail a.s pun memukul kedua belah sayapnya pada bumi sehingga bumi menjadi sempit. Kemudian diangkatnya sehingga Rasulullah s.a.w dapat melihat dibelakangnya diiringi oleh malaikat-malaikat yang berbaris-baris, setiap satu baris itu ada 70,000 para malaikat. Setelah itu Rasulullah s.a.w pun mengerjakan solat untuk Mu;awiyah.

Surah Al-Ikhlas memang banyak kelebihannya, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Barang siapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kubur. Dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian Shiratul Mustaqim dan menuju ke Syurga " ( Tadzkiratil Qurthuby )

Di dalam buku lain pla menceritakan..ni buku baru-baru lah pula.

Surah Al-Ikhlas bererti tauhid yang sebersih-bersihnya. ianya surah yang ke 112 dalam Al-quran dan mengandungi 4 ayat sahaja. Ia dinamakan Al-Ikhlas kerana Rasulullah s.a.w diperintahkan agar menegeskan kepada umum bahawa Allah Taala Maha Esa dan tiada sebarang bandingan-Nya. surah ini menjadi pokok akidah yang sebersih-bersihnya untuk dijadikan asas pegangan hidup umat islam.

Antara faedah-faedah dan hikmah mengamal Al-Ikhlas ini :

* Sesiapa membacanya satu kali, maka Allah Taala memberi pahala sebanyak pahala seratus orang pahlawan syahid ( maksud hadis dari Ubai bin Ka'ab )

* Sesiapa yang membacanya 10 kali setiap selepas solat Subuh, maka tidak akan terjadi kepadanya satu dosa pun, walaupun syaitan bersungguh-sungguh mengodanya.
( maksud hadis dari Ali Abu Talib r.a )

* Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas satu kali maka seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran ( maksud hadis dari Anas bin Malik )

* Sesiapa yang membacanya 3 kali, maka seolah-olah ia membaca keseluruhan Al-Quran
( maksud hadis dari Anas bin Malik )

* Sesiapa yang mebacanya dalam solat-solat fardhu, maka Allah Taala mengampuninya berserta kedua ibu bapanya dan orang-orang yang celaka lalau menuliskannya dalam buku daftar orang-orang yang berjaya. ( dari sebuah akhbar-Majalis )

* Sebuah hadis Rasulullah s.a.w pula bermaksud, sesiapa yang membacanya 10 kali maka Allah Taala akan membinanya sebuah rumah di dalam syurga

* Sesiapa membacanya semasa sakit yang mebawa kepada kematiannya, maka ia tidak akan terken fitnah kubur dan aman dari himpitan kubur dan ia akan dibawa oleh malaikat dengan tapak tangannya hingga melepasi sirat menuju ke syurga.
( maksud hadis riwayat At-Tabrani )

* Sebuah lagi hadis Rasulullah s.a.w bermaksud, sesiapa yang membacanya di atas perkuburan sebanyak 11 kali dan pahalanya dihadiahkan kepada umat islam yang telah meninggal dunia, maka diterimakan kepadanya pahala sebanyak mereka yang telah meninggal dunia.

terdapat banyak lagi faedah,hikmah dan fadilah mengamalkan Al-Ikhlas.sesiapa ada hikmah dan faedah lain,sila komen untuk dikongsikan bersama.

Erti Surah Al-Ikhlas :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

1. Katakanlah : " Dia-lah Allah, Yang Maha Esa."

2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

3. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan.

4. Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan Dia.

Sekian, Allahulam....





Friday, October 17, 2008

DILEMA MELAYU...

KONSEP PERLINDUNGAN PENDAPATAN Kajian mendapati :90% daripada institusi keluarga di Malaysia akan menghadapi masalah kewangan keluarga yang kritikal selepas salah seorang daripada pasangan meninggal dunia terutama suami.

Renungkan seketika Pertanyaan dibawah :

• Pernahkah anda terfikir sekiranya esok anda Meninggal Dunia / Hilang Upaya Kekal…Apa akan berlaku kepada Keluarga anda? Anak-anak? Isteri / Suami? Kerana ajal maut tidak siapa tahu.• Pernahkah anda terfikir, sudahkah anda menyediakan harta @ wasiat yang cukup untuk isteri/ suami? Anak-anak tersayang? Untuk masa depan mereka. Bagaimana makan minum mereka…pakaian mereka…pendidikan mereka..hutang-hutang yang anda tinggalkan…taraf hidup mereka tanpa anda. ( cukupkah insuran sedia ada )? RM 100,000? Cukup kah? Saya akan buktikan ia tidak mencukupi.

• Pernahkah anda terfikir yang kebanyakan keluarga di Malaysia akan mengalami masalah kewangan yang serius apabila pasangan mereka ( isteri / suami terutamanya ) meninggal dunia ( kes paling banyak ) @ hilang upaya kekal. Sudah bertimbun berita kesusahan dialami keluarga di dalam akhbar.

Bagaimana cara untuk menganalisis sebanyak mana keperluan insuran anda, mengira sebanyak mana sepatutnya ditinggalkan untuk isteri dan anak-anak....hutang kereta?kad kredit?bil?

Saya dengan seikhlas hati ingin membantu dan berkongsi idea konsep ini. Dan penerangan saya adalah percuma sekiranya anda ingin mengetahui terperinci serta menganalisis kedudukan anda sekarang.
Jika anda sudah mempunyai insuran individu, Tahniah! Tetapi adakah Ia cukup untuk melindungi pendapatan anda? Dan saya juga boleh tentukan insuran tersebut berbaloi atau tidak? Saya boleh Bantu anda analisisnya..

Bagaimana konsep ini dapat membantu??Sebagai contoh anda ingin melindungi RM3,000 sebulan…

  1. Sekiranya anda meninggal dunia, Isteri / suami serta anak-anak tersayang akan memperolehi RM3,000 setiap bulan sampai bila-bila..selamanya..Tidakkah ia membantu keluarga menjalani kehidupan seperti sebelumnya…
  2. Sekiranya anda hilang Upaya kekal, anda masih memperolehi RM3,000 setiap bulan sampai bila-bila selamanya…walaupun anda tidak lagi bekerja dan di kerusi roda…

masalah seperti ini yang menjadi dilema masyarakt melayu sejak dahulu lagi...dilema kewangan keluarga yang merudum setelah ketiadaan suami @ bapa...setelah ketiadaan penyumbang utama kewangan keluarga.

kenapa ia berlaku??

kerana melayu kita mempunyai sifat ego..tak endah..tak ambil berat..tak suka berfikir sebarang kemungkinan akan berlaku...selesa dengan kedudukan sekarang...tiada sifat ingin tahu...sayangkan duit..dan bermacam-macam lagi yang menjadi penghalang kepada konsep ini. dan terdapat ramai juga apabila ditanya tentang perlindungan..Oh! Saya sudah pun mempunyai insuran...
  • adakah insuran itu cukup?
  • terlintaskah untuk mengkajinya?
  • terlintaskah jumlah yang anda bayar setiap bulan itu berbaloi?
  • tidak mampu bayar lebih sedangkan purata duit dihabiskan kepada keinginan bukan keperluan...

fikir-fikirkanlah...saya bukan mahu buat promosi...saya hanya dgn ikhlas ingin membantu menyampaikan konsep ini kepada seramai mungkin bangsa melayu...sesudah faham,terpulang kepada anda...dengan saya atau mana-mana syarikat insuran yang anda suka.