Pengalaman yang kulalui ini adalah sekadar teladan bagi mana yang baik dan sempadan sekiranya dirasakan tidak baik. Diharap apa yang dikongsikan pada tajuk ini dapatlah sama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah SWT hendaknya…Insyallah
Aku selalu berfikir setiap kejadian yang berlaku dalam hidupku samaada sekarang, dahulu mahupun akan datang dari sudut berbeza. Makannya kita lihat dari sudut positif. Sudah menjadi kebiasaanku melihat sesuatu itu dengan hati dan bukan dengan perasaan. Adalah juga menjadi hobi ku memikirkan apa yang berlaku itu, kenapa ia berlaku, bagaimana ia berlaku, apa kesan ia berlaku dan kenapa Allah SWT jadikan ia berlaku..tidak kira ianya baik atau buruk. Kerana aku percaya setiap yang berlaku walupun buruk, sebenarnya tersembunyi sesuatu yang baik. Itu yang Allah SWT mahu kita sendiri berfikir akan kejadian yang di Qadak Qadar kan. Jika sesuatu yang buruk berlaku,kita berfikir dengan perasaan, sudah tentu apa yang Allah SWT nak tunjukkan dan berikan secara tersirat kita tak dapat perolehi. Malahan ia juga boleh dikatakan sebagai ujian. Kebanyakkan kita bila sesuatu berlaku, kita akan mengatakan..Oh! Ujian Allah SWT..sabar…sabar…itu tindakan yang betul. Namaun ada baiknya lagi sekiranya kita berfikir kembali seperti yang aku katakana tadi..kenapa ia terjadi?apa sebab Allah SWT mahukan ia terjadi…
Tajuk kali ini aku berkisarkan tentang Ilmu Allah seperti diatas juga tapi lebih menjurus kepada soal rezeki. Aku percaya setiap daripada kita ada rezekinya masing-masing. Tidak kiralah berjawatan tinggi atau rendah, berniaga atau tidak. Peminta sedekah sekalipun diberikan rezeki. Tetapi macamana rezeki tersebut datang. Itu yang menarik perhatianku. Itu yang membuatkan aku berfikir dan kagum dengan apa yang berlaku atas kekuasaan-Nya. Kebanyakkan kita mungkin tidak pernah terlintas atau berfikir akan kejadian ini.
Suatu hari, Aku ke masjid Kg. Baru untuk bersolat jumaat. Sebaik memasuki masjid, azan berkumandang..sesudah solat sunat. Aku duduk menanti khutbah. Semasa sedang duduk melihat-lihat orang sekeliling. Tiba-tiba melintas seorang hamba Allah membawa karung kain untuk sedekah masjid. Aku cepat-cepat cuba mengeluarkan dompetku. Tetapi tak sempat. Dia berlalu pantas. Punyalah laju dia berjalan. Terlintas juga aku, masjid ni agaknya tabung sedekahnya banyak ni…aku sangkakan orang yang memungut sedekah tu akan lalu semasa khutbah. Jadi aku mengeluarkan beberapa RM dan diletakkn di dalam poket baju. Manalah tahu kot-kot datang lagi..tapi memang dia dah tak datang. Aku fikir,takpelah. Masukkan dalam tabung masjid. Sesudah solat,semasa berjalan keluar entah macammana aku langsung terlupa akan tabung masjid. Setiba dip agar masjid datang seorang lelaki tua berkupiah ( solat sekali ) menadah tangan minta sedekah. Memang kelemahan utama aku bila tengok orang tua susah. Dengan tanpa berfikir panjang aku terus mengeluarkan beberapa RM yang sepatutnya aku masukkan dalam tabung masjid tadi dan memberikan kepada nya. Dia mengucapkan Alhamdulillah..aku berlalu pergi. Setiba di kedai kawanku yang berhampiran. Aku terfikir balik. Rupanya apa yang berlaku dalam masjid, adalah menjurus kepada rezeki untuk pakcik peminta sedekah itu. Besarnya kuasa Allah SWT. Dia membuatkan aku tak sempat untuk mengeluarkan dompet..Dia juga membuatkan aku terlupa untuk ke tabung masjid..rupanya duit tersebut sudah ditetapkan rezeki pakcik tersebut…Allahualam…
Pada hari lain pula..aku lupa sebelum ke selepas. Aku tiba-tiba teringin untuk makan KFC. Lalu aku drive ke sana. Aku keluarkan RM20 dan masukkan ke dalam poket baju. Senang nak bayar nanti. Setibanya di KFC, aku tiba-tiba datang terlintas di fikiran..Alah..buat apa aku makan KFC..mahallah…lagipun tengah-tengah bulan ni. Makan nasi lagi sedap kot. Aku terlintas nasi ayam kampong di satu medan makan di Cheras. Aku hanya lalu sahaja depan KFC dan menuju ke medan makan. Aku mengambil nasi dan membayar mengunakan duit yang aku letakkan dalam poket baju. Sedang aku makan, tiba-tiba datang seorang makcik dengan kanak-kanak kecil menjual kacang kecil. Orang melayu. Pakaian agak lusuh. Aku faham mereka orang susah dan meniaga kacang dalam paket-paket kecil kerana cuba berusaha dan tidak mahu meminta sedekah. Sampainya dimeja aku, aku lantas mengeluarkan duit baki dalam poket bajuku dan memberi kepadanya.Dia menhulurkan kacang. Tapi aku menolak. Aku katakana sedekah. Selepas mereka beredar. Aku kembali berfikir. Itu juga rezeki Allah SWT untuk makcik tua dan anaknya itu. Macammana daripada mula kejadian aku tiba-tiba teringin nak makan KFC..aku mengeluarkan duit ke dalam poket baju..aku tak jadi makan KFC dan teringin pula ayam kampong…rupanya dari segi masa memang tepat aku ke sana dan makcik tersebut ke sana…Maha Besar kuasa Allah SWT..
Banyak lagi kejadian-kejadian seperti berikut berlaku. Sebab tu orang selalu kata ulat dalam batu pun boleh hidup. Sebagaimana Firman Allah dalam Al-‘Ankabuut ayat 60 :
“ Dan berapa banyak binatang yang tidak ( dapat ) membawa ( mengurus ) rezekinya sendiri. Allah lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ”
Juga dirman Allah SWT dalam surah An-Nahl ayat 14 berbunyi :
“ Dan Dialah yang menudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan ( selain itu ) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpahNya dan supaya kamu bersyukur ”
Juga Surah Al-Mulk ayat 15 :
“ Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu, mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan ( ingatlah ), kepada Allah jualah ( tempat kembali kamu sesudah ) dibangkitkan hidup semula ( maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya ) ”
Aku pasti apa yang berlaku ini pastu berlaku kepada kita semua. Dititik beratkan juga supaya sentiasa lah kita bersedekah. Sesukar mana pun kita, sedekahlah kerana pasti ada yang lebih sukar daripada kita. Allah SWT juga sudah janji kan akan pahala dan balasan di dunia kepada yang bersedekah..insyaallah…kejadian ini sama juga seperti kita. Cuba perhatikan kembali apa berlaku kepada diri sendiri. Bagaimana Allah SWT memberi rezeki kepada kita. Sama juga dari cerita-cerita orang pasal berkahwin tak cukup duit. Ramai orang kata jangan risau. Tarikh dah ada, Insyaallah sebelum tiba tarikhnya. Allah SWTakan datangkan rezeki kerana kita membuat benda baik. Begitu juga pasangan yang baru dapat anak atau pun anak ke-2 atau anak ke-3. Kadang-kadang kalau difikir secara logic kepada yang bekerja begaji tetap. Macammana mereka boleh menampung. Bagaimana pula orang selalu kata rezeki anak…rezeki anak…dapat anak naik pangkat…dapat anak naik gaji..ya betul..kerana itu kurniaan Allah SWT. Kerana bila dapat anak,sudah tentu kos hidup meningkat. Tetapi Allah SWT dengan bijak mengatur kembali agar anak iaitu amanah yang diberikan dapat keperluan. Namun ada juga sebaliknya. Hal tersebut kita kena rujuk kembali hubungan kita dengan Allah SWT. Ada sebab Dia berbuat demikian.
Oleh itu, sama-samalah kita merenung kembali kepada apa yang berlaku dan apa yang bakal berlaku tak kira baik atau buruk. Di mana Allah SWT sembunyikan yang baik nya. Itulah Ilmu Allah. Ilmu yang kita kena cari. Begitu juga dengan Ilmu ini. Apa yang anda baca ini adalah daripada Allah SWT. Jika tidak masakan aku boleh terlintas untuk membuka blog. Aku boleh terlinta untuk menaip tajuk ini. Aku terlintas untuk berkongsi tajuk ini. Apa yang anda baca ini adalah daripada Allah SWT untuk anda. Aku hanya perantaraan ataupun medium Allah SWT pakai untuk sampaikan ilmu ini kepada kita. Jadi hargailah ia…Allahualam….
Sekian..Wassalamu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Allah Maha Kaya....Allah Maha Mengetahui...
Post a Comment