Tuesday, April 28, 2009

SUKARNYA BERDAKWAH DI AKHIR ZAMAN INI....

Assalamualikum wbt


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda dan ahli keluarga.

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana kita masih diberi peluang untuk hidup di dunia ini dan sekaligus masih berpeluang untuk kita sama-sama beribadah kepadaNya.


Berbicara tentang tajuk ini. Sudah lama saya perhatikan umat islam di zaman moden ini di mana ianya amat2 mengejutkan diri saya sendiri. Pada saya amat sukar untuk kita berdakwah kepada kebanyakkan islam hari ini. Oleh itu kita kena pandai-pandai bermain psikologi untuk menyampaikan dakwah. Mungkin secara tidak langsung atau bukan secara direct. Kerana kebanyakan islam hari ni sangat ego, suka mencari kelemahan orang, fitnah dan yang paling ketara cintakan kehidupan lebih daripada Allah SWT, Rasulullah dan islam itu sendiri..masyallah….


Ini bermakna para mubaligh kristian semasa perang salib dahulu berjaya mengotakan janji dan amanah mereka. Di mana mereka kalah pada mulanya perang salib yang mana tentera mereka 300 ribu orang berperang dgn tentera islam yang hanya 30 ribu orang. Kata mereka kenapa kita kalah? Ini kerana tentera kristian berperang untuk hidup. Tetapi tentera islam berperang untuk mati. Maka setelah dikaji mereka bertekad dan mengetahui akan kekuatan umat islam adalah pada akidah. Maka matlamat mereka adalah merosakkan akidah umat islam terlebih dahulu dengan memisahkan agama dengan kehidupan duniawi. Mereka berjaya. Kerana ini tamadun Andalusia yang gah tumbang rebah ke bumi…banyak lagi kerajaan islam lain runtuh…


kenapa saya berkata begini?ada sebab dan musababnya hasil pemerhatian saya. Akan kita bicarakan di sini.


Saya ambil dari satu kejadian di mana kita selalu bertelagah.antara yang didakwah dengan yang berdakwah. Saya pernah terbuka you tube Yuna dengan lagu “ dan sebenarnya ”. seorang gadis bertudung bermain gitar. Suaranya cukup kunak dan sedap. Dibawahnya saya terperanjat kerana ramai berbalas komen yang bagi saya seolah menunjukkan cara manusia akhir zaman. Di mana seorang sahabat pd mulanya berniat baik dgn mengatakan bermain gitar itu haram..alat muzik bertali itu haram. Namun dek kerana minat sangat akan Yuna atau lebih tepat minat sangat akan duniawi..hiburan duniawi..sahabat kita dihentam. Namun yg menyedihkan sahabat kita terikut sama dek kerana ayat2 yg kasar. Turut sama menghentam. Maka berlaku perang jari jemari. Saya sgt sedih. Ini kerana syaitan sudah berjaya memecah belahkan mereka. Nauzibillah…Namun apa yg saya perasan antara ayat2 yg biasa saya jumpa tatkala seseorg menyampaikan dakwah secara direct ialah “ alah..macam lah kau tu confirm masuk syurga! “…” amalan ko tu dah cukup bagus ke nak nasihat2 orang ni?”…” dosa pahala Allah yang tentukan..bukan kau! ”…” tak pyh berlagak baik lah.cermin diri sendiri dulu..”…dan banyak lagi lah…


Sebab tu untuk berdakwah skrg kita kena ikut rentak mereka. Masukkan unsur dakwah perlahan2. Jangan cepat melatah jika di maki. Kerana Rasulullah SAW dahulu pun bila dimaki Baginda diam sahaja dan senyum. Dan jika diperhatikan kebanyakan yang memaki Baginda akan masuk Islam dek kerana sifat Baginda yang penyabar dan sangat2 penyabar..itulah yang harus kita contohi. Berbalik pada isu diatas. Jelas kelihatan kebanyakan islam hari ini sangat2 cintakan duniawi. Sebab tu bila disentuh dan ditegur soal akhirat. Mereka cepat melatah. Ibarat renjis air di minyak masak yg sedang panas.


Pada saya sesiapa sahaja menegur kita. Sebenarnya ianya datangnya daripada Allah SWT. Kerana nabi akhir ialah Nabi Muhammad SAW. Jadi apa yg Allah SWT nak sampaikan adalah melalui perantara lain. Sebab tu saya sendiri jika cina sekali pun menasihat saya. Saya ambil serius. Kerana saya percaya ianya datang daripada Allah SWT. Kerana siapa lagi yang mengerakkan hati seseorang untu menegur kita? Siapa yang bukakan hati seseorg untuk menegur kita? Jawapan nya ialah Allah SWT. Kerana Allah SWT sangat saying akan hambaNya.oleh itu kita sentiasa kena bersangka baik terhadapNya. Walaupun sesuatu buruk berlaku ke atas kita. Mesti ada Sesuatu yang Allah SWT nak tunjukkan..jadi kita kena teliti dan sentiasa perhatikan.


Kenapa harus kita marah orang menasihati kita. Sebagaimana isu di ats yg menegur gitar itu haram. Sebaiknya sebagai muslim sejati yang tak pasti akan kesahihannya. Wajib kita mencari jawapannya. Bukan menghentam. Memang betul seseorang itu belum confirm masuk syurga. Namun bagaimana mahu ke syurga jika kita tidak usahakannya. Sama juga bagaimana nak dapat duit kalau kita duduk diam atas kerusi di rumah menanti kot2 duit jatuh dari langit. Kita berusaha beribadah dan berserah kepada Allah SWT. Itu yg terbaik. Sebaiknya setiap hari kita renung kana diri kita. Berapa banyakkah amalan sudah kita kumpul untuk ke akhirat? Cukup kah? Bagaimana kalau esok pagi adalah tarikh yang Allah tetapkan untuk mencabut nyawa kita?


Saya sendiri pernah dihentam sebegitu. Berkenaan dgn membaca Quran yang mana saya sampaikan dengan bersahaj dan gurauan. Harapan agar dia tidak terasa. Namun saya dihentam juga cukup2. Dikatakan dia serius perkara sebegini. Bkn blh dibuat main. Saya juga dicabar dan diajar berdebat sola ini..Maknanya satu lagi kejayaan besar untuk tentera syaitan. Apa salahnya jika berbicara dgn baik. Namun saya tak mengeruhkan keadaan. Cepat2 saya reply mesejnya dgn meminta maaf sekiranya cara saya salah. Menguriskan hatinya. Sesunggunya niat saya ikhlas. Mungkin cara penyampaiannya tidak kena. Saya mohon maaf dan berbicara dgn elok. Apa salahnya kita berbual baik.tidak perlu berdebat menunjukkan siapa lagi tinggi ilmu agama.siapa lagi handal.ada baiknya kita bermuafakat berbual baik. Mungkin apa yg dia tahu.saya tak tahu. Dia blh sampaikan. Apa yg dia kurang, saya lebih. Saya blh ajarkan.


Begitulah manusia di zaman ini. Cukup sensitive bia ditegur soal agama. Oleh itu saya sentiasa mengingatkan diri saya sendiri dan anda semua. Jika mahu menyampaikan dakwah. Perlukan kelembutan dan kehalusan. Contohnya dakwah kepada mat rempit dan dakwah kepada budak punk. Lain caranya. Mungkin dakwah secara direct sudah tidak sesuai di zaman ini yang mana mungkin boleh membawa kepada perbalahan dan lain-lain. Seeloknya kita bawakan secara tidak langsung. Insyallah sampai juga. sama-sama kita pelajari sifat Rasulullah SAW dalam berdakwah...Saya ambil contoh seorang yang tidak solat. Tapi berjumpa alim ulamak mahu belajar ilmu murah rezeki. Jangan kita menghentam org itu. Kau tak solat,ada hat ink belajar ilmu murah rezeki. Sebaiknya kita ajarkan sahaja. Tapi ilmu2 itu harus diamalkan selepas solat 5 waktu. Mungkin dia akan rasa kekok jika tidak bersolat untuk mengamalkannya. Biarlah dia solat perlahan2 walaupun tujuan solat hanya kerana nak amal ilmu murah rezeki. Insyallah jika dahi sudah mencecah sejadah hari2. Niat dan tujuannya akan menjadi satu iaitu kepada Allah SWT..insyallah…


Ini juga satu kelemahan kita. Bila seseorang yang dahulunya jahat.dan sudah insaf. Datang menyatakan mahu insaf. Banyak kita silap. Kita hantam dia.dulu kau jahat dosa bertimbun2.macamana nak tebus tu? Seharusnya kita bergembira kerana dia mahu kembali ke pangkal jalan. Bantu sebaik mungkin. Dosa yang lepas adalah kelalaian manusia. Itu kelemahan manusia. Kanapa dia insaf? Takkan insaf dia sekiranya bukan Allah SWT yang bukakan hatinya…


Setakat ini sahaja. Banyak lagi mungkin saya ingin berkongsi di sini. Tapi kalau panjang sangat, nanti pembaca letih nak baca..ada baiknya kita pendek2 kan….asalkan maksudnya sampai kepada kita. Oleh itu sama2 lah kita mendekatkan diri kepada Allah SWT kerana tarikh appointment kita dengan malaikat Izrail tiba…mungkin lagi sejam..mungkin lagi 12 jam..mungkin esok..mungkin minggu depan..mungkin bulan depan…oleh itu sama2lah kita manfaatkan setiap saat dengan baik. Jika bukan diatas sejadah sekalipun, basahkanlah mulut kita dengan berzikir dan berselawat…insyallah…
Saya doakan kita semua dirahmati Allah hendakNya….


Assalamualaikum wbt

1 comment:

ustaq halim said...

bsaya setuju sangat2...