Assalamualaikum...
tajuk ini amat penting untuk kita hayati sebaik dan sedalam-dalamnya kerana ia menentukan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. apa kata saya mulakan dengan firman Allah SWT :
" Wahai org2 yg beriman,takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap2) org memperhatikan apa yg diusahakan besok (hari kiamat). takutlah kpd Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa2 yg kamu kerjakan."-Al-Hasyr : 18
org mukmin adalah org yg takut kpd Allah SWT dan seluruh anggota badannya.sebagaimana Abul-Laits berkata ada 7 tanda jika kita benar2 takut kepada Allah SWT. jadi marilah sama2 kita memeriksa kembali diri kita sama ada ada ke mana2 yg kurang drpd 7 tanda2 ini...
1. Pada lisannya. Dia menghindar drpd dusta,ghibah,menyebarkan fitnah,berbual kosong dan byk bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir,membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu.
2. Pada hatinya. Dia membuang rasa permusuhan,kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
" Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu"
Ketahuilah bahawa hasad ni adalah penyakit hati yg paling bahaya. tiada sebarang ubat mahupun vaksin blh mengubatinya melainkan ilmu & amal.
3. Pada pandangannya. Maka dia tidak suka memandang kpd makanan,minuman,pakaian atau hal2 yg haram. Tidak pula terpikat pada dunia. Tetapi dia memandangnya dgn mengambil iktibar. Rasulullah SAW juga bersabda dlm hal ini :
" Barangsiapa memenuhi matanya dgn perkara haram,maka Allah akan memenuhinya drpd api neraka pd hari Kiamat"
4. Pada perutnya. Maka perutnya tidak diisi dgn brg2 haram. kerana ia adalah dosa besar. sebagaimana Nabi SAW bersabda :
" Manakala sesupa drpd brg haram masuk ke perut seseorg,maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk brg itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dlm keadaan demikian,maka tempatnya adalah Neraka"
5. Pada kedua tangannya.Dia tidak menggunakannya kepada perkara yg haram. Tetapi hanya untuk mentaati Allah SWT sahaja. Dirawikan drpd Ka'ab Akhbar, Dia berkata :
" Sesungguhnya Allah SWT telah mencipta bangunan dr zabarjud hijau.Di dalamnya terdapat 70,000 aula. Setiap aula terdapat 70,000 pondok.Tidak ada yg boleh masuk ke situ,selain org yg ditawarkan brg haram,namun dia menolaknya krn takut kpd Allah "
6. Pada langkahnya (kakinya).Dia tidak berjalan untuk maksiat atau menuju ke tempat maksiat. Tetapi hanya melangkah untuk taat kpd Allah SWT, mencari keredhaan-Nya serta untuk bergaul dgn para ulama,org2 soleh. antara contohnya melangkah mencari rezeki yg halal, melangkah ke masjid untuk berjemaah, melangkah ke majlis ilmu, melangkah menziarahi org sakit dan sebagainya dgn niat di hati untuk beribadah atau kerana Allah SWT.
7. Terlihat pada ketaatannya.Dia menjadikan ketaatannya semata2 utk mencari keredhaan Allah SWT. takut pd riak dan munafik.
BArangsiapa melakukan 7 perkara tersebut,maka dia termasuk dlm kategori org2 yg dikatakan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya :
" Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air ( syurga )."-Al-Hijr : 45
Seolah-olah Allah mengatakan, " Sesungguhnya pada hari Kiamat mereka selamat drpd api Neraka" oleh itu kita seharusnya berada di dalam rasa takut dan berharap. kita harus sentiasa mengharap rahmat Allah SWT. Tidak berputus asa mengharapkannya walau apa jua sekalipun. sebagaimana Allah SWT berfirman :
" Jangan engkau berputus asa terhadap rahmat Allah "-Asy Syura : 28
saya akhiri tajuk kali ini dengan satu hikayat Nabi : Pada satu ari Nabi Daud as duduk di tempat peribadatannya. Tiba2 dia melihat seekor ulat merah. maka dalam hati Nabi Daud as berkata : " Apa kiranya kehendak Allah pada ulat ini?"
maka dgn izin Allah ulat tersebut boleh berkata2 seraya berkata : " Wahai Nabi Allah! di siang hari Tuhanku mengilhamkan agar aku membaca " Subhanallah Wal Hamdulillah Wala-Illaha Illa Allah" sebanyak 1000 kali. sedangkan di malam hari pula Tuhan mengilhamkan aku agar membaca " Allahumma Solli ala Muhammadini Nabiyyil Ummiyyi Wa'ala alihi Wasohbihi Wa Sallam " 1000 kali.Lalu apakah yg engkau baca hingga aku ingin mengambil faedah drpdmu?"
Maka Nabi Daud as amat kesal menghina ulat tersebut. Dia merasa takut kpd Allah SWT, lalu dia bertaubat dan bertawakal kpd-Nya.
Allahualam...
Sekian...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ulasan ringkas dan menarik...
Post a Comment