sabda Nabi SAW :"akan datang atas umatku dimana ia menyukai 5 hal & mlupai 5 hal.Mereka suka kepada dunia & melupakan Akhirat.Mereka suka pada harta higga melupakan Hari Hisab.Mereka cintakan makhluk hingga melupakan Penciptanya.Mereka suka berdoa,tapi lupa bertaubat & mereka suka rumah tetapi lupa pada kubur."
hadis ini jelas menunjukkan apa yg berlaku kpd umat islam kita dewasa ini.ia juga menunjukkan betapa benarnya setiap sabda Nabi SAW itu.setiap apa yg keluar drpd mulut Nabi SAW adalah benar walaupun yg sudah lepas seperti cerita para nabi as terdahulu,yg berlaku sekarang semasa zaman Nabi SAW dan yang akan datang walaupun selepas Nabi SAW wafat mahupun alam Akhirat.
dilihat hari ramai kita yg terlalu cintakan dunia lebih daripada Akhirat.terdapat byk contoh yg dpt dilihat sepertinya banyaknya rancangan hiburan di TV yang bercampur gaul lelaki dan perempuan.kurangnya jemaah dimasjid.kurangnya yg dtg ke kuliah maghrib di masjid.ini menjadi punca keruntuhan akhlak zaman ini.bagaimana anak2 mahu dilengkapi ilmu agama sekiranya ibubapa jahil tentang agama.cuba sama2 kita perhatikan setiap kuliah maghrib di masjid,cukupkah 50 orng yg dtg mendengar?sedangkan disekitarnya terdapat hampir 5000 mahupun lebih umat islam?tetapi jika dilihat pula rancangan di tv,penuh umat islam.saya terbayangkan sekiranya setiap waktu solat penuh jemaah di masjid juga kuliah,maka islam hari ini akan jd islam yg kuat.bangsa lain takkan berani pijak kita.
kita juga ramai yg terlalu sukakan harta.mengejar harta siang malam.kita punyai masa bekerja 8 jam sehari.takkan utk duduk dimasjid solat maghrib & isyak serta kuliah maghrib 2 jam kita tak dpt lakukan.sedangkan jika disedari betapa besarnya pahala dan harta akhirat.org yg duduk dlm majlis agama akan mendapat beberapa manfaat antaranya ia umpama pahala kita mengerjakan solat sunat 1000 rakaat.berapa lama agaknya jika kita nk habiskan solat 1000 rakaat.lainnya umapama pahala mengerjakan haji mabrur dan malaikat sentiasa mendoakan kerahmatan dan keampunan selama mana kita didalam masjid dgn niat beriktikaf.tetapi islam hari ini lalai.kita kejar dunia bagai nak rak tanpa terlintas difikiran yg malam nanti tidak mustahil adalah masa sakaratul maut kita.kita renungi diri kita masing2.jika zohor waktu 1.24pm.jam berapakah kita bersolat.ramai yg sibuk bekerja akan solat jam 3pm...3.30pm dan ada jam 4pm.nabi SAW sangat2 menganjurkan solat berjemaah tak kira dimana dan solat tepat waktu.bukankah apa yg dikata Nabi saw benar belaka.pernah satu kisah dimana Nabi SAW keluar dr masjid dan melihat sekumpulan lelaki sedang berbual dan ketawa.lalu Nabi SAW mendekati dan berkata," Jika kamu tahu apa yang aku tahu,nescaya kamu akan banyak menangis daripada ketawa."
sama2 kita renungi diri masing2.bayangkan seandainya esok kita mati.kita rasa cukupkah amalan yg kita nak bawa menghadap Allah SWT.sesungguhnya seksaan neraka sangat azab.dikatakan dalam hadis sekiranya ahli neraka di bawa kedunia dan dibakar dgn api dunia,maka bergembiralah mereka kerana tidak panas.cubalah kita letakkan jari kita barang seminit dua atas api lilin,mampukah kita bertahan?renung2kan.dan sesungguhnya syurga itu terlalu nikmat.dikatakan keindahan syurga itu tidak pernah terbayangkan akan keindahannya dgn apa yg kita lihat didunia,tidak terkira sedapnya makanan dan minuman dr apa yg pernah kita rasa didunia ini.terlalu nikmat.jd pergunakan masa yg masih ada ini.kerana masa kita terlalu sedikit utk dikejar jika kita hanyut dgn duniawi.sabda Nabi SAW," dunia ini penjara bagi mukmin,dan syurga bg yg kafir.".Nabi saw juga ibaratkan dunia ini seperti bangkai.
perihal cintakan makhluk pula sama juga.kita akan menangis semahu2nya sekiranya ibubapa kita meninggal dunia.kita sygkan anak isteri lebih dr segala2nya.tapi kita lupa utk cintakan Allah dan Rasul.amat jarang kita dapat menangis kerana takut dan rindukan Allah SWT.tanda kita tidak cintakan Allah adalah kita tidak mengikut apa yg disuruh.apa yg mendatangkan pahala kita liat utk buat.bukankah ayat kpd kekasih dunia selalu berbunyi untuk kau kekasih,lautan api sanggup aku redahi.
oleh itu sama2lah kita bertaubat dan berdoa mudah2an kita menjadi hamba Allah SWT yang terpilih utk diberi hidayah dan dijadikan hamba yang benar2 beriman.kerana hari ini kita terlalu hanyut dengan keasyikan dunia.renungi kisah 2 insan hebat ini iaitu Abu Bakar ra dan Imam Syafie.Abu Bakar tatkala merenung pokok dia akan berkata alangkah senangnya hati kamu wahai pokok.engkau tidak akan dihisab di hari kiamat nanti.aku blm tahu lagi nasibku setelah dihisab.dan Abu Bakar ra melihat pula burung di awan dan berkata alangkah gembiranya kamu wahai burung.kamu juga tidak akan dihisab.kalaulah aku juga burung spt kamu.lihatlah betapa hebatnya Abu Bakar ra walaupun Nabi SAW sudah menjamin syurga untuknya.Abu bakar juga selalu menangis apabila melihat kubur.sedangkan kan Nabi SAW pernah bersabda " Jika ditimbang iman Abu Bakar dgn seluruh isi bumi,maka berat lagi iman Abu Bakar ra.".tetapi lihatlah perilaku Abu Bakar ra?begitu juga dgn Iman Syafie.Imam mazhab yg kita pegang sekarang.pernah satu ketika Imam Syafie berjalan dan lalu seorang wanita dihadapannya.maka angin bertiup dan terselak kainnya menampakkan betis.Imam Syafie terpandang.lalu Beliau menangis semahu2nya memohon keampunan drpd Allah kerana melihat aurat wanita walaupun tidak sengaja.Imam Syafie selalu berkata yg dia tidak layak untuk masuk ke syurga Allah.org spt Imam Syaie blh berkata demikian rupa.bagaimana pula dgn kita sahabat2 sekalian?
sama2 kita renungkan kisah yg serba ringkas ini.mohon maaf kerana tidak dpat mengulas panjang.doa saya semoga anda semua diberkati,diredhai & dirahmati Allah SWT dunia dan Akhirat...wallahualam...
Monday, June 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment