Saturday, April 11, 2009

KENAPA FATWA MENGHARAMKAN KITA MENGAMBiL INSURAN KONVENSIONAL?? APA HUJAHNYA??

Assalamualaikum w.b.t…


Selawat & salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya da sahabat handai….

Sebelum memulakan isu ini, ada baiknya saya menceritakan sejarah kisah saya sebelum ini yang sangat berkaitan dengan tajuk kita ini. 5 tahun dulu saya adalah seorang Agent Insuran untuk AIA. Sebuah syarikat insuran yang besar dan mempunyai produk yang sukar ditandingi lain syarikat insuran. Saya selalu juga mendengar akan isu halal haram ini. Namun saya tidak pernah mengambil tahu akan hal ini. Bagi saya ianya adalah satu tektik wakil2 takaful untuk mencari pelanggan. Pada saya, ianya seolah merampas rezeki orang lain atau periuk nasi agent konvensional. Ada juga beberapa client saya yang terminate polisi AIA untuk ke Takaful.dan ada juga yang ramai didatangi wakil takaful. Namun mereka tidak berganjak kerana mereka hanya percayakan saya dan suka akan service saya. Mereka setia dengan saya. Dahulu pada saya, Insuran ni diambil bergantung pada niat. Niat kita baik,tidak salah rasanya. Bagi saya insuran umpama sebilah pisau.jika pisau itu digunakan untuk memotong sayur.ianya tidak berdosa. Jika ia digunakan untuk membunuh orang.maka berdosa lah.

Namun pada suatu hari, saya pergi menghadiri kursus perkahwinan di Setiawangsa. Pada hari Ahad pagi sebelum bermula kursus. Ada satu presentation daripada seorang ustaq. Ustaq ini daripada Etiqa Takaful. Beliau menceritakan adanya fatwa tentang pengharaman Insuran konvensional ini. Saya baru tahu. Namun saya masih lagi sedikit berkeras. Saya masih pertahankan prinsip saya berkenaan Insuran Konvensional. Kerana itu rezeki saya. Namun entah macamana, suatu hari selepas saya mengaji quran sesudah solat isyak. Hati saya terdetik. Benarkah apa yang saya lakukan sekarang?jika betul insuran itu haram.maknanya rezeki saya datangnya daripada sumber yang haram. Saya juga menjadi agent yang mengajak umat islam kearah sesuatu yang haram.saya terus menunaikan solat istikarah. Pada malam tidurnya, saya terjaga. Saya masih memikirkan perkara itu. Saya lantas mengambil air sembahyang dan solat tahajud dan sunat. Saya bertafakur sebentar. Akhirnya saya mengambil keputusan bahawasanya saya perlu membuka minda saya. Menenangkan hati saya. Dan memberi keadilan kepada isu ini. Lantas saya membuat research dan kajia berkenaan hal ini. Saya cari di internet. Saya rujuk website JAKIM. Saya ke JAKIM bertanya. Berjumpa ustaq2 dan sebagainya.

Akhirnya bermula dari itu, saya nekad untuk bertukar ke Takaful. Saya sanggup meninggalkan AIA jika ia memberi manfaat dan keredhaan Allah SWT kepada saya dan saudara sesame islam yang lain. Saya lantas mendaftar di Etiqa Takaful. Sebelum itu saya membuat juga kajian berkenaan syarikat2 takaful di Malaysia. Kerana untuk ini saya perlukan yang terbaik. Kemudian saya menghabiskan 1 bulan lebih untuk belajar produk dan sebagainya di Etiqa Takaful. Kemudian saya menghubungi client2 saya memohon maaf atas kesilapan saya dahulu dan menerangkan kenapa saya bertukar ke Takaful. Alhamdulillah ramai yang bertukar ke Takaful.

Sebenarnya apa yang menyebabkan Insuran itu HARAM. Ada banyak faktor sebenarnya setelah lama saya mengkaji dan meneliti. Sebagai pembukaan saya paparkan di sini fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan :

• Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-16 pada 15-16 Februari 1979 memutuskan Insuran Nyawa ( Konvesional ) sebagaimana dikendalikan kebanyakan syarikat insuran adalah HARAM dan sebagai suatu muamalat yang fasad kerana akadnya tidak sesuai dengan prinsip islam iaitu : Mengandungi unsur Gharar ( ketaktentuan ), Mengandungi Unsur Judi,Mengandungi Muamalat Riba dan Maisir.

• Kesatuan Fiqh Islam ( Majma’Fiqh ) yg dianggotai oleh ulama dari seluruh dunia islam yang diasaskan oleh Persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dalam mesyuaratnya di Jeddah pada 22-28 Disember 1995 memutuskan selepas mengkaji semua jenis dan bentuk insuran,bahawa ianya mengandungi unsur Fasid dan HARAM

Apa yang menjadikannya haram?? Insuran adalah sesuatu peniagaan yang diniagakan oleh Syarikat Insuran. Oleh itu ia melibatkan proses jual beli. Factor ini yang membezakan dengan Takaful dan menjadikan ia HARAM. Takaful dapat lari dari unsur2 HARAM ini kerana Takaful bukan proses jual beli. Nanti saya akan terangakn berkenaan apa itu Takaful dalam posted seterusnya bila kelapangan.

INSURAN MENGANDUNGI UNSUR GHARAR

Jelas di dalam sabda Rasulullah SAW dalam hadith sahih Baginda melarang jual beli yang mengandungi unsur Gharar ( riwayat Muslim ).
Gharar bermaksud Ketidakpastian atau ketaktentuan. Dalam transaksi muamalah ia membawa maksud "Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".

Menurut ibnu Rush pula "Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui".
Ibn Taimiyah pula mengatakan "Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat".

Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai: "Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti".

Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan:
"Gharar yang dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan".

Kenapa ia mengandungi Gharar??. Antaranya :

• Sekiranya tidak berlaku sesuatu musibah, maka wang premium yang dibayar hangus. Memang ada sesetangah syarikat insuran yang mempunyai pelan sebegitu. Walaupun saya dahulu tidak pernah menjualnya. Namun ia tetap syubahat. Ia bertepatan dengan Gharar di mana satu pihak mendapat keuntungan dan satu pihak lagi tertindas.
Dalam insuran terdapat unsur barang yang tidak jelas. Terdapat syarat sah jual beli dalam islam. Jika salah satu dilanggar, maka jual beli itu tidak sah. Ini kerana barang yang dijual ( Ma’kud Alaih ) tidak jelas. Apa yang menjadikan ia haram kerana ketidak jelasan barang itu. Dan syarat barang yang ditetapkan syarak tidak dapat dipenuhi seperti :
[a] Barang tersebut dapat diserahkan dalam majlis akad.
[b] Masa penyerahannya telah ditetapkan.
[c] Barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.
[d] Tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.
[e] Bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang Syarak.

Sekarang yang menjadikan ia HARAM adalah [b]..Insuran adalah menjual jaminan kewangan. Jaminan kewangan berkaitan risiko. Oleh itu barangnya adalah risiko. Sekiranya berlaku risiko, dapatlah pampasan. Jika tidak, tiadalah. Setengah akan dapat simpanan dan ada juga hangus. Permasalahannya sekarang risiko kita tidak tahu bila akan berlaku. Esok ke? Lusa ke? Minggu depan ke? Sama seperti kita beli perabot. Tauke kedai akan cakap dia kana hantar lusa atau esok. Maka jual beli itu sah kerana walaupun jual beli itu bertempoh. Tempohnya diberitahu yang mana bila kita akan mendapat barang itu. Itu mengandungi unsur Gharar. Dan ia juga melanggar syarat jual beli.oleh itu jual beli itu tidak sah. Maka ia haram.
Juga menimbulkan Gharar bila pemegang polisi juga kadang2 ragu2..dapat ke claim nanti?kalau meninggal anak bini aku akan dapat ke RM200K yang dijanjikan?

INSURAN MENGANDUNGI RIBA

Riba ini juga banyak yang menjadikan Insuran HARAM. Namun ramai antara kita hanya memahami Riba terjadi apabila ada interest. Seperti Insuran Konvensional, kita boleh membuat pinjaman melalui polisi yang ada. Ada juga agent atau syarikat menggalakkan membuat pinjaman ini. Bila hendak bayar, kena interest. Maknanya ia Riba. Semasa saya Agent Konvensional dahulu. Saya hanya mengatakan tidak perlulah membuat pinjaman. Makan Riba dapat dielakkan. Lagipun jika dikira interest. Pinjaman rumah, pinjaman beli kerete, kad kredit juga mempunyai interest. Susahlah nak hidup. Tetapi sebenarnya kita sebagai islam mempunyai pilihan. Kita ada pinjaman secara islam. Jadi wajib kita elakkan riba itu. Namun ada juga mengatakan sama sahaja dgn pinjaman islamik. Cuma tukar nama sahaja.interest kepada upah. Sebenarnya ianya lain. Makna nama dan cara diuruskan membawa maksud lain.

Selepas saya membuat kajian dan study.rupanya bukan riba itu sahaja yang terdapat dalam Insuran. Ia berlaku kerana jika ditimpa musibah. Syarikat Insuran akan membayar pampasan. Maknanya jual beli ini melibatkan Wang dengan Wang. Dan dengan jumlah yang berbeza. Nabi SAW mensyariatkan apabila kamu bermuamalah dengan dua item ribawi yang sama jenis ( contoh Insuran adalah Wang dengan Wang ), mestilah dengan syarat :
• Sama timbangan
• Sama Nilai
• Diserahkan ketika Mua’malah dilakukan

Syarat in bersumberkan dari hadith :
Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jgn kamu melebihkan salah satu darinya di atas yg lain..” ( Al-Bukhari & Muslim)

يبت لا ءاوسب ءاوس لثمب لاثم نزوب انزو لاإ قرولاب قرولا لاو بهذلاب بهذلا اوع )ملسم(

Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn pulangan emas, perak dgn pulangan perak kecuali (mestilah ia) dlm timbangan yg sama, nilaian yg sama.

Ia dinamakan RIBA AL-FADL. Riba ini HARAM di sisi syarak. Kerana anda membayar premium bulanan RM200. Jika meninggal anda dapat RM200,000 contohnya. Penyakit kritikal RM70,000 contohnya. Maka ia ada perbezaan nilai. Ini dinamakan Riba juga.
Keduanya pula apabila berlaku penangguhan dalam 2 item ribawi ini. Ini kerana syarikat Insuran akan membawa Wang pampasan selepas berlaku musibah. Ini dinamakan RIBA AN-NA’SIAH. Jelas sekali kontrak Insuran Konvensional tidak dapat lari daripada Riba ini. Maka ianya HARAM.

Perlu disedari bhw insuran biasa yg byk terdpt di Malaysia hari ini adalah bersifat perniagaan (Takmin Tijari) yg mana, syarikat insuran mengganggap usaha mereka adalah sbg satu perniagaan yg bertujuan mencari keuntungan. Oleh itu ia secara jelas kontrak yang dipersetujui oleh pencarum dan syarikat adalah termasuk katergori Aqud Mu’awadah Maliah (Kontrak Pertukaran Harta) dgn cara Perniagaan. Semua kontrak yg terlibat dgn item ribawi mestilah menjaga 3 syarat yg disebutkan dia atas tadi. Jika tidak ia akan jatuh ke hukum Riba yg diharamkan.

Riba juga jelas berlaku apabila wang kutipan premium ( Pool ) itu diniagakan untuk mendapat keuntungan dan memaksimum kan Pool tersebut. Dan kita ketahui syarikat Insuran tidak mempunya panel syariah. Maka wang itu dilaburkan di tempat-tempat yang bercampur2 antara halal dan haram. Saya pernah melihat pemegang saham dalam Carlberg, Magnum, Toto, Anchor dll adalah syarikat-syarikat Insuran. Maknanya kita sebagai umat islam menyumbangkan modal untuk perniagaan haram itu!

INSURAN MENGANDUNGI MAISIR ( JUDI )

Judi jelas diharamkan didalam Islam dan Al-Quran. Tanpa dakwa dakwi lagi. Insuran mengandungi unsur ini kerana ia memperjudikan nasib samaada berlaku musibah atau tidak. Jika musibah berlaku, Kita akan mendapat pampasan yang lumayan & dikira untung. Inilah Judi yang dimaksudkan. Maka kita mengharapkan dengan caruman yang nilai rendah, akan dapat pampasan nilai yang tinggi selepas musibah berlaku.

Bagaimanapun, Prof Mustafa Zarqa menolak unsur ini terdapat dalam Insuran. Katanya Insuran adalah sistem yang tegak atas dasar mahu membantu dan mengurangkan beban manusia. Namun ia disanggah oleh Syeikh Muhd Abu Zuhrah serta Dr. Muhd Baltaji dan ramai lagi ulamak serta Profesor islam lain dengan alasan Insuran diwujudkan atas dasar perniagaan mencari keuntungan. Dan niat membantu tiada didalamnya.
Ia seperti anda menikam TOTO. Ia jelas haram. Tikam RM10 dapat RM10,000 contohnya jika menang. Sama juga seperti Insuran. Anda membayar RM100 sebulan, jika berlaku sesuatu anda dapat RM100,000 contohnya. Ia jelas Judi. Cuma dari konteks atau sudut berlainan. Nama ianya sama.

Itulah antara penyebab2 yang mengharamkan Insuran. Banyak lagi perbincangan2 dan muktamar2 yang diadakan siseluruh dunia terdiri daripada bijak pandai, mufti2, cendiakawan islam dll memperbincangan aka hal ini. Kita sekarang mempunyai pilihan iaitu Takaful. Dahulunya saya menyangkaka Takaful juga sama dengan Insuran. Cuma mereka mengubah sesetangah perkataan sahaja dan juga meletakkan akad jual beli. Sebenarnya ia jauh berbeza.

Saya hanya menerangkan secara ringkas sahaja disini berkenaan perbezaannya. Saya akan terangkan terperinci dalam posted seterusnya. Insuran adalah penanggung risiko. Contohnya katakana saya tauke Insuran. Anda datang berjumpa saya. Meminta sekiranya sakit,meninggal anda mahu RM200,000. Saya kata okay. Tapi bulan2 anda kena bayar saya RM200 sebulan. Ini menyebabkan ia HARAM. Tetapi macamana pula dengan Takaful. Takaful adalah pengendali risiko. Ia berbeza.operasinya berbeza. Sebab tu kalau insuran kita cakap beli insuran. Tetapi Takaful menyertai Takaful. Agent cakap saya jual Insuran kat orang. Wakil Takaful cakap ajak orang menyertai Takaful. Orang yang jual Insuran di panggil Agen Insuran. Orang yang mengajak Orang menyertai Takaful dipanggil pula Wakil Takaful…berbeza..kenapa berbeza…??

Takaful sebenarnya tidak melibat unsur jual beli. Saya berikan contoh. Katankan saya, anda dan 8 orang lagi kawan2 kita. Katakana Insuran tiada di Malaysia. Kita berbincang..jika saya sakit esok2 perlukan kos perubatan bagaimana? Mana tahu masa tu saya tiada duit?bagaimana pula jika si A kematian suami. Apa kana jadi pada dia? Apa jadi si C meninggal dunia.bagaimana isteri dan anak2 mahu meneruskan hidup. Jadi kita berpkat seperti main kutu. Kita pakat sedekah dan simpan RM100 seorang sebulan.maka 10 orang kita dapat RM1000 sebulan. Tetapi siapa nak uruskan. Jadi kita cari rakan ke-11 yang dipercayai. Contohnya Ali. Kita lantik Ali jaga. Maka tiap2 bulan kita sedekahkan ke dalam tabung yang dijaga oleh Ali. Tetapi Takkan Ali nak buat kerja FREE. Jadi kita bagi upah. Kita ckp Ali,tiap2 bulan daripada RM100 kau ambillah RM10 sebagai upah ko jaga. Sekiranya ko pandai melabur atau berniaga. Gunakan tabung itu.gandakan ia. Keuntungan kita bahagi sama rata. Maka disini Ali itulah Takaful.

Sebab itu apabila menyertai Takaful, wakil diingatkan supaya menjelaskan kepada peserta bahawa ini adalah sedekah. Maknanya sapa ambil Takaful dapat pahala. Kata hari ni kita simpa RM100. Esok ada peserta lain walaupun tak kenal meninggal, maka Takaful akan mengambil wang dari Tabung itu diberikan kepada waris Arwah. So kita pun dapat pahala. Maknya pahala ini berterusan. Tetapi ada juga pertikai kenapa ada syarat. Simpan banyak ni, manfaat sebegini. Sebenarnya ia bukan isu besar. Takaful hanya nak meletakkan keadilan kepada semua peserta. Jika tidak ramailah yang diabetic, yang sakit kritikal mengambil peluang dalam Takaful jadi ia menganiaya peserta lain. Oleh itu lah Takaful dapat mengelak daripada unsur Gharar, Maisir dan Riba tadi. Wallahu A’lam…

Sekian, Terima Kasih

39 comments:

Kamaruddin Bashir said...

terima kasih di atas penerangan yg jelas dan terperinci...saya percaya ramai umat islam hari ini tertipu dgn insuran konvensional ini yg berselindung di sebalik perlindungan dan bantuan..sedangkan ianya hanya merosakkan umat islam tanpa disedari..nauzubillah...

sloopy said...

masyallah...pul..next week call aku...aku nk tukar insuran aku.segera...rabu kita jumpa..kalau dah tahu haram takleh buat apa dah.kene tukar cepat2.kalau tak selagi tu bergelumang dgn dosa free....tq pul

siti said...

saya setuju.skrg baru jelas kenapa insuran itu haram...rupanya ramai yg terjebak.harap2 sama2 dpt kita menyebarkan dan menyelamatkan umat islam...

rosmina samin said...

terima kasih dgn penerangan, saya baru tahu kenapa Insurance itu diharamkam...

Anonymous said...

Kawan saya kematian suami Mei 2011. Setelah sekian lama masih tidak mendapat pampasan - kematian kemalangan, very simple & direct kan? Meminta tolong daripada agent syarikat lain,call etiqa tapi talian diforward ke orang lain dan lepas orang ketiga masih tidak mendapat respon. Mereka seperti baru tahu ada policy holder yg meninggal sedangkan hampir setahun siisteri memohon pampasan. Sehingga hampir dilapurkan ke media akhirnya selepas 11 bulan masa si isteri mendapat wang pampasan. Ini la ETIQA Takaful. Jangan hanya melolong Halal & Haram, jalankan kerja anda dengan cepat.

Sa-ra ajumma said...

Ni lah dia orang takaful. Tu jelah modal nya. Insurance haram. Insurance konvensional haram. Padahal takaful tu adalah daripada konvensional. Mudahnya orang melayu terpedaya. Modalnya agama. Bila la orang melayu nak maju. Sekarang ni kita pentingkan investment tu halal atau tak. Orang etiqa ni dah melampau taksub mcm lah semua bagus sangat. Cuba review polisi etiqa takaful tu sama je dgn konvensional. Sudah2 la bermodalkan halal haram tu kalau setakat tu je bagusnya produk anda.. Salam

Anonymous said...

Cik sara nona.hidup kita memang berlandaskan halal dan haram.jika ia haram tetap haram.usah berkata seperti org yg tidak beragama.anda menjadi fitnah kpd orang islam.

Anonymous said...

Kamon la sis..yg wajib ke ats diri yg sah tercatit dlm Quran dgn jelas pn xbuat iaitu ayt supaya menutup aurat..no wonder la mrh sgt org ckp insurans konvensional haram..

Awak org Islam ke x ni? Kalo Islam, wajib trima hukum yg telah dtetapkn dlm Islam..jgn suka sgt berbantah2..

Anonymous said...

masalahnya bagaimana ali/takaful melabur duit tadi? jika ali meminjakan duit dengan interest payah juga

Anonymous said...

Kepada penulis,

Bole bagi x at least 1 verse dari Al-Quran kata insuran 2 haram? Saya hiidup berlandaskan Al-Quran bukan sekadar dengar cakap2 orang.

Saya ada 2, satu takaful dari prudential, yang kedua insurans dari allianz. Apabila saya baca ke dua2 polisi, saya dapati cara perlaksanaannye sama cuma istilah2 je berbeza. Contohnya, dalam isnurans di pangil polisi, tetapi dalam takaful di pangil sijil dll.

Saya ada melihat video dr zakir naik, memberi pendapat tentang insurans. Based on him, insurans per say is not haram. Yang haram kalo ada riba. Bukan insurans yg ada riba je haram, semua institusi kewangan yang ada riba pun haram.

Kalo kata harini saya bayar premium 100 kepada insurans company dan insurans company bayar saya 100000 semasa saya ditimpa musibah ini di katakan riba dan haram. Apa beza dengan takaful? Saya carum 100 kepada takaful, bila saya ditimpa musibah takaful pun bayar sejumlah wang yang jauh lebih besar dari caruman saya.

Adakah takaful pun haram di sebabkan ini? Mohon penjelasan. Ataupun takaful yang di promosikan penulis je yang Halal?

Anonymous said...

Arwah pakcik saya, meningal dunia akibat penyakit jantung, beli takaful dari maybank etiqa (based on makcik saya la.

Sampai sekarang xdapat claim, macam2 alasan bagi. Tolak sana tolak sini, last2 makcik saya give up dan malas nak follow up.

Kawan saya punye kawan pulak, ayah dia meningal, dalam masa sebulan je terus dapat claim dari Insurans company AXA.

Ermmm pada saya sudah2 la mengharamkan sesuatu yang awak sendiri pun xtau betuk ke haram atau tidak. Asik dengar cakap orang2 je terutama agent takaful ni.

Apakata lebih baik kotakan janji, bayar claim, dari mengharamkan orang punye tapi kerja claim xbole buat. Bila mengajak lembut gigi dari lidah. Bila nak claim lari sana sini, tolak sana sini.

Anonymous said...

This is how takaful agents work. By saying insurans Haram and ask people to convert from insurans to Takaful, what a shame?

Orang yang dah ada insurans biasanya adalah orang yang dah mempunyai kesedaran akan kepentingan insurans. Siapa yang create awareness? Insurans agent la.

Then takaful agent masuk, cucuk2 guna modal halal haram, ajak tukar ke takaful. Apa la. Kenapa X korang agent takaful create awareness sendiri. Bersaing secara sihat la.

Rampas cliient orang buat apa?

Anonymous said...

Takaful utk org Islam....bg agent insuran Islam yg masih menjual insuran pd org Islam yg lain...pls stop dan bertaubat kerana insuran itu haram bg org Islam. Solution sertailah Takaful.

Anonymous said...

Salam, Encik Saiful, saya ambil perkongsian diatas untuk jadikan rujukan saya, untuk presentation takaful saya ya. Mohon halal.

Anonymous said...

terplulang pd masing2...rokok tu haram..vape pun haram..tetap juga org hisap...apatah lagi insurans...duit dlm bank tu pun belum tentu bersih..apatah lagi asb..

faris said...

Kepada yang betul2 nak faham perbezaan konsep insurans dan takaful, kena berlapang dada dulu, letak tepi jap segala kepentingan, baru ada 'peluang' nak faham. Kalau tak, sia2 je baca penerangan bro saiful ni.

"Tidak akan bergerak kaki anak adam itu di akhirat nanti selagi tidak ditanya tentang 4 perkara, salah satunya, dari mana duit datang dan ke mana dibelanjakan.." jangan esok duit pampasan dapat juta2, akhirat tak lepas nak jawab. Belum cerita dosa lain lagi.

Ye, pahala dosa urusan Allah. Sebab tu kena ikut perintah Allah.

Kepada yg nak dalil insurans haram, memang takde dalam Al-Quran dan Hadis secara khusus, tapi ciri2nya dinyatakan dengan jelas.. riba', maisir, ghafar..

Kalau nak minta dalil2 penjelasan saya, google ada.

Kalau nak marah juga, terpulang.

Dan kalau Allah menghendaki, niscaya Dia menjadikan kamu satu umat (saja), tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan. (16: 93)

Wallahua'lam

faris said...

Kepada yang betul2 nak faham perbezaan konsep insurans dan takaful, kena berlapang dada dulu, letak tepi jap segala kepentingan, baru ada 'peluang' nak faham. Kalau tak, sia2 je baca penerangan bro saiful ni.

"Tidak akan bergerak kaki anak adam itu di akhirat nanti selagi tidak ditanya tentang 4 perkara, salah satunya, dari mana duit datang dan ke mana dibelanjakan.." jangan esok duit pampasan dapat juta2, akhirat tak lepas nak jawab. Belum cerita dosa lain lagi.

Ye, pahala dosa urusan Allah. Sebab tu kena ikut perintah Allah.

Kepada yg nak dalil insurans haram, memang takde dalam Al-Quran dan Hadis secara khusus, tapi ciri2nya dinyatakan dengan jelas.. riba', maisir, ghafar..

Kalau nak minta dalil2 penjelasan saya, google ada.

Kalau nak marah juga, terpulang.

Dan kalau Allah menghendaki, niscaya Dia menjadikan kamu satu umat (saja), tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan. (16: 93)

Wallahua'lam

Hanif Yusof said...

Bagi pendapat sy, yg lebih kritikal ketika ini adalah isu dimana syarikat tersebut labur. Jika laburnya itu pada syarikat yg tidak patuh syariah, maka kita sebagai ahlinya juga terkena bahang api. Jika laburnya itu pada syarikat yg patuh syariah, maka kita sebagai ahlinya juga akan mendapat manfaat & keberkatan. InsyaAllah.

Wong agent said...

I am no Islam so therefore I actually really don't have the right to say,but how I read and how I learn there isn't much difference of insurance especially in investment insurance. I understand about traditional insurance probably haram to islam due to the insurance company that invest in Haram company such as gamble company. Here is my mind of investment insurance. Therefore if someone is open minded, pls read. If person no open minded, don't read. Investment linked insurance is very difference than the traditional.First of all, the premium we receive from you(customer) will be deduct for cost of the amount of protection that you want such as 100k for death and disability and based on the risk we calculate on you such as male, female, smoker and non smoker.These same as takaful, and don't tell me this. Same weight of thing to exchange same weight of thing. I know this is in Islam law because I learn Islamic finance in my college. This does not work for takaful at all or insurance because how you see is use small money to exchange for big money if something happened. You cannot just say takaful is halal just change to few Islamic words. It's reality that in takaful you still use small money to buy big money if something happened. If not, takaful agent won't sell you medical card, or critical illness of 100k by paying a few hundred bucks per month. Hundred bucks money is small money,everybody agree? 100k is big money, agree? So is also small money exchange for big money too if anything happened. Nothing difference of takaful and insurance. Back to investment linked, the cost we collected will be put in a fund to give someone is unfortunate same as takaful right? If someone is unfortunate happened, the pool of fund will give to him based on the amount how much he contribute in the fund. So same as takaful. In investment linked insurance, there will be some amount will be put in investment same as traditional insurance. However, there is some difference the leftover permium you pay after deduct the cost in traditional insurance is invest the company of insurance. However, in investment linked, the amount you invest is not the insurance company but is the market of the world. So if a person put his permium to a insurance company to deduct the cost of pool of fund and the money left is in shariah law fund.Where is the Haram issue? Anybody tell me.....
Lastly, if you know the history of insurance, then you will find out that insurance and takaful have the same definition. The history of insurance actually is very nobel. Long time ago, there is a poor village with lots of poor fishermen beside the sea. Everyday when they go fishing, there is a risk of fisherman die in the sea. If a fisherman die, it bring huge losses to the family such as the widow and his children because they loss their income who earned by his husband. So to prevent this happened to the poor fishermen that alive, the group of fishermen contribute some money in a fund(in the end called insurance), if one of the fishermen die, the money will be given to the widow and children. See, same as takaful.

Anonymous said...

Menjawap pernyataan wong agent.
Adakah org yg bernama ali dr kl dan ali dr jhr sama dr sudut perangai,rupa, suara dan sbgainya. Sama nama je tapi x serupakan ? Bgitu juga dgn insuran dan takaful merupakan perkara yg berlainan. Perlu dilihat dari semua aspek. Maaf klu terkasar bhasa. Skdr perkongsian.

Pakman 013-5097547

Unknown said...

Assalamualaikum en. Saiful Gomez. Mohon copy & paste untuk rujukan dan persediaan menjadi ejen Takaful.

seputra_reyes a.k.a SR said...

assalamualaikum, bagi saya apa2 perniagaan konvensional memang diharamkan sbb terdapat unsur2 yang tak dibenarkan dalam Islam..cuma kat sini persoalan yang saya nak bangkitkan untuk perbincangan ilmiah..kenapa bunuh diri dibayar pampasan, tidakkah ia menzalimi peserta takaful yang lain..

Unknown said...

Al quran dan hadis mmg tiada hal2 berkaitan Takaful. Insurance wujud sejak 2000 tahun lalu. Apabila Islam dtg, akhlak dan prinsip muamalat yg patut ditegakkan. Akhlak kontrak. Akhlak Agen.

Jual Product Takaful, tapi banyak selindung manfaat, "Gharar" jadinya...

Jual Product Takaful, tapi bayaran dh macam loan honda civic, "Riba" jadinya...

Jual Product Takaful, konon kata guranteed, skali tengok ada term PWC..term "Lepas Diri" ni...bergantung nasib client...,dah "Judi" jadinya...

Nak suruh client buat duit melalui Takaful, tu bukan idea yg baik...baik awak tu jadi agent CWA or ASBf je...

Patutlah bila abg present dan review semula policy seorg prospek ni, dia bkn main loghat dok tanya berapa return boleh dapat semula...

Ni nak buat investment ke nak ambil protection?

Dah naik conpius...maklumlah agent lamanya dok pumpang benda tu je sblm ni...bagero!!

Tapi bahasakan diri Takaful Wealth Planner..����

Allah knows the best.

Hyrulanwar IIA said...

Syarikat tmpt sy bekerja menyediakan insurance kesihatan(AIA) kps staff & keluarga staff, di mana saya rasa ianya adalah insurans konvensional.

apakah hukumnya? saya gunakan insuran tersebut untuk kos sara kos rawatan/operation ketika saya sakit .mohon penjelasan ustadz.tq

6june2 said...

Salam. Saya pernah kerja telemarketing untuk produk takaful dan konvensional (sekarang dah berhenti sbb tak boleh pilih nak produk takaful ke konvesional)

setakat yang saya faham, kalau takaful ni kita panggil dia "sumbangan/contribution", yg mana kita guna utk tolong "peserta" (yg turut menyumbang) bila ditimpa musibah. kalau dah sumbangan memanglah tak ada jual beli sbb memang time baca akad pun kita minta concern potential peserta untuk teruskan. Satu lagi, untuk syarikat takaful ni, akan ada panel syariah yang pantau investment, duit sumbangan byk2 ni nak labur ke mana, so memang tak ada pelaburan ke tempat yg ada unsur haram.

Beza dgn konvensional, yg bulan2 kita bayar tu dipanggil"premium". Dan syarikat konvensional tak ada panel syariah pantau pelaburannya. So mrk boleh labur ke syarikat perjudian dan minuman keras sbb pulangan lebih lumayan. Kalau dah labur ke arah tu, duit pulangan pun dah tentu haram. Sebab tu kalau perasan, kebanyakan syarikat konvesional ada plan yg boleh bagi pampasan yg sgtttt tinggi berbanding takaful.

Time keje dalam bidang ni mmg superior kata "ala athe end niat cuma.nak BANTU kurangkan beban" tapi kalau kita sendiri faham how it works takkan nak teruskan tarik umat islam kan.. bersalah sgt.. sebab tu saya resign..

Satu lagi, ramai costumer mengadu susah nak buat claim, sebab tu masa nak join takaful/insuran kena tengok betul2 dulu plan dia.. macam depa akan byr kat kita utk kes mcm mana.. kalau beli PA tapi nak claim utk kematian sbb sakit jantung (tiba2, yg tak libatkan kemalangan) memang tak boleh claim. Sebagai contoh dan perkongsiaan sahaja. Kalau salah sila betulkan :)

apit spark said...

Saya tak faham maksud takaful mcm kutu...
Saya tak faham maksud takaful mcm sedekah...
Yg saya tahu agent dapat bahagian dari jumlah wang yg d bayar dan hanya cover penyakit yg kurang risiko untuk menghidapnya.

apit spark said...

Try bos baca tentang zakat.... rasa zakat ada dalam al-quran. Zakat lebih hebat dari takaful saya rasa...

Unknown said...

AIA juga tetap dihati.

Unknown said...


Insurance konvensional Vs Takaful = DUA-DUA PUN HARAM

https://mazuddin2.wordpress.com/2017/06/10/bank-islam-dan-insuran-islam-takaful-apakah-pandangan-syarak/

Anonymous said...

lagi satu. saya nak tanya katekan la.. seseorang ni die subscribe insuran konv dengan premium rendah dan cverage tggi.. tapi takaful premium yg same dan cverage rndah. cntohla limit tahunan takaful adalah rm200000 dan limit tahunan insuran rm1juta.. pd satu hri die jatuh skit dan jumlah bil perubatan adalah rm300,000 adakah takaful leh bantu die top up jumlah tu. tetapi insuran telah cver beliau tnpa sbrang caj.. mane satu kte nk pkir... xkn nk gadai rumah atau ambik epf.. dh la sakit.. tu yg dipikirkn.. syariat Allah x tolak. tpi syrikat tkful kene pikir bntu ahli.. sme mcm insuran tu.. just pndgn.. byk org tanya.. sy x leh jwb..

Anonymous said...

Asmk ... mcm mana agen yg jual insuran? Dia org ada gaji tetap? Atau dpt komisyen bila dpt customer? Komisyen tu sekali utk satu customer atau tiap tiap kali customer bayar dpt, kalau 40 tahun baru mature 40 tahun la agen dpt komisyen! Islamik ke sistem ni? Tak ke sebenarnya customer buleh bayar murah lg kalau tak da komisyen sepanjang hidup?Bukan kah ini membeban kan customer?

Haydascarf said...

Awak ni nk menghalalkan yg haram ke?

Bob said...

Macam kutu dan sedekah, apa kata takaful sediakan 1 slot untuk pesakit2 kronik join takaful... Dan jika perlu pembedahan boleh buat pembayaran melalui slot pesakit2 tadi...tak usik pun duit ahli2 yg sihat... Tapi takaful mesti tak akan berani buat....

Unknown said...

Budak2 kecik bleh la sembang,sama ja haram,baik takaful,baik insurans..meh nk bg tau sket
Babi hukumnya haram,kalau disembelih mengikut syariat islam,tetap haram memakannya.sama jgk akad tadi
Riba dah tentu haram,buat p la akad ptuh syariah islam pon,yg batil tetap bathil.ni semua back door riba,riba pintu belakang,riba tersembunyi,lg teruk pd riba terang terangan

lly said...

perlindungan untuk yang sihat sahaja,yang dah sakit siap nak membantu(sumbangan sesama ahli dalam polisi).kalau nak membantu bantu semua lah.nie kalau ade risiko ,sorry lu pikir lah sendiri.

Maisarah said...

Semoga Allah merahmati Tuan sekeluarga dan keturunan Tuan hingga hari kiamat daripada perkara haram dan syubhah.

Baru Ambil Takaful said...

wow panas2 komen dalam ni. saya xde ilmu. just nak share link ni. jemput baca ye

http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/bahan-ilmiah/artikel/148-menyertai-polisi-insurans-konvensional-halal-atau-haram

https://efatwa.muftiwp.gov.my/fatwa/917385169e5d7eeefbd3fff028043424?

http://www.zaharuddin.net/perbankan-&-insuran/307-beza-insuran-konvensional-a-takaful--sudut-hukum.html

Anonymous said...

Saya just nak share setakat apa yang saya faham dan belajar.

Ramai yang mengatakan Takaful sama je dengan insurans.Tak sama kerana kontrak yg digunakan berbeza, bukanlah setakat menukar nama atau istilah tetapi perlaksanaannya berbeza yang mana insurans ini lebih kepada kontrak jua beli antara syarikat insurans dan pemegang polisi. Manakala, syarikat takaful lebih kepada wakil yang akan mengumpulkan sumbangan drpd peserta2 takaful untuk diberikan kepada peserta yg ditimpa musibah.

- Ada yang menganggap kedua - duanya haram kerana seolah - olah Takaful menggunakan istilah islamik untuk tarik umat islam dan semata - mata ingin kaut untung. Untuk pengetahuan semua, operasi untuk menguruskan sumbangan2 takaful tersebut menggunakan tenaga manusia maka wajarlah untuk mereka mendapat bayaran daripada itu. Macam yang saya katakan tadi, takaful menggunakan konsep wakalah atau wakil.

- Ada yang mengatakan takaful mahal atau coverage terlalu skit. Kenapa perkara ini berlaku?????? Kerana permintaan kepada takaful sangat sikit kerana masih kurangnya kesedaran untuk memlikki takaful, Insurans telah wujud lama dan mereka sudah stabil di Malaysia dan malah di peringkat antarabangsa. Akan tetapi, takaful masih muda dan perlukan sokongan dripd umat islam sndiri untuk bangun.

ini hanyalah pandangan drpd hamba yang masih perlu belajar, tetapi ingin msyarakat sedar.

Anonymous said...

Cuba fikir, Mana mungkin kafir yang tidak memahami hukum hakam Islam boleh menguruskan Takaful. Operator Takaful dari international company berselindung disebalik nama Takaful untuk keuntungan. Backdoor riba! Hati² para Muslim semua