Wednesday, June 10, 2009

BAGAIMANA SEKIRANYA ESOK KITA MATI???

Assalamulaikum wbt...

Semoga kita semua mudah2an dirahmati Allah SWT....

Tajuk kali ini mungkin satu tajuk yg agak sensitif untuk sesetengah org. Ada org tak nak baca cerita tentang tajuk ini. ada org juga takut nk baca dan ada juga yg tak suka baca...kenapa??apa sebabnya? maknanya kita lebih cintakan dunia yg sementara ini daripada akhirat yg kekal abadi.byk antara kita lalai akan mengingati perihal ini.sebagaimana sabda Nabi SAW : " Sesungguhnya aku telah menjauhkan dunia untukmu.Janganlah engkau hidupkan dia sesudahku.Sesetengah kebusukan dunia adalah bahawa kederhakaan terhadap Allah SWT ada di sana. Sesetengah keburukan dunia bahawa engkau tak ingat pd Akhirat kecuali dgn meninggalkannya.Ingatlah..ambillah dunia sekadarnya jgn engkau menyertainya dan beramallah.Sesungguhnya punca segala kesalahan adalah cinta dunia dan kesenangan yg sedikit dpt menyeret sesorg dalam derita yg panjang."

Nabi SAW juga bersabda, " Dunia ini penjara org mukmin,juga syurga bg org kafir"

satu soalan keramat yg pernah terlintas di hati saya yg menyebabkan saya sangat2 insaf dan tersedar dr lalai. Adakah kita mahu masuk syurga @ neraka?? saya pasti jawapan saya sama seperti anda semua. sudah semestinya syurga...kenapa?kerana Neraka itu seksaannya amat pedih dan azab...bagaimana azabnya?bagaimana pedihnya?perkara ini yg menyebabkan kita lalai.kerana kita tidak merasakannya.contoh kalau kita belajar bermain rugbi.sekali dirempuh hingga patah riuk tulang2 kita.selepas baik,adakah kita masih mahu bermain lagi?sudah pasti kita takut dan ada perasaan gerun. Jadi bagaimana rasanya di Neraka? apakata kita lakukan ujian. ini ujian mcm saringan kalau2 ada yg masih lalai tanpa niat untuk ke neraka. Anda pasangkan lilin.kemudian anda letakkan jari telunjuk anda di api lilin selama 1 minit. dapatkah anda tahan panasnya? kalau anda berjaya...cuba pula api welding atau pencair besi atau api pencair emas...warna nya biru...cuma letakkan jari telunjuk anda selama 1 minit juga...dapat kah bertahan...jawapan saya..saya tak mampu bertahan. bagaimana dgn api neraka yg dikatakan 70 kali lebih panas dr api dunia?

At-Thabrani merawikan bahawa Jibril as datang kpd Rasulullah SAW dlm keadaan yg luar biasa. Maka Rasulullah SAW menghampiri dan bertanya," Wahai Jibril, mengapa ku lihat Engkau berubah rupa?" Jibril as menjawab, " Aku dtg padamu ini setelah Allah memerintahkan ku melihat hembusan api Neraka!!". Rasulullah SAW berkata, " Jibril,berikan gambaran padaku tentang Neraka!"... Jibril berkata, " Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan Jahanam menyalakan apinya 1000 tahun sehingga putih. kemudian memerintahkan menyalakan lagi 1000 tahun sehingga merah.Bahkan kemudian memerintah menyalakan lagi 1000 tahun sehingga hitam. Itulah hitam yg pekat.Tidak terang lg nyalanya dan jg tdk blh dipadamkan apinya.Demi zat mengutuskan dgn hak sbg Nabi,kalau saja jahanam itu dibuka sekecil lubang botol,matilah semua penghuni bumi. Demi zat yg mengutuskan sbg Nabi dgn hak, kalau penjaga Jahanam itu trn ke bumi,matilah semua penghuninya disebabkan buruk rupanya dan busuk baunya. Demi zat yg mengutuskanmu dgn hak, kalau sepotong rantai ahli Neraka yg disifatkan Allah SWT dlm kitab-Nya itu diletakkan diatas gunung dunia,hancurlah dia dan tdk akan berhenti meleleh sehingga sampai ke bumi yg terendah." maka terus Rasulullah SAW berkata," cukuplah Jibril,jangan buatku risau.Aku blh mati! "..begitulah panasnya Neraka. mampukah kita?yang api dunia ini pun blh rentung jari dan sakitnya tidak terperi..fikir dan renung2kan lah....Nauzubillah...

Jadi bagaimanakah kita nk masuk Syurga. berapakah jumlah akaun pahala yg mesti kita kumpulkan utk ke Syurga. sama seperti nk buat Haji ke Mekah.kosnya katakan RM10,000. jadi kita kena kumpulkan RM10,000 barulah kita blh sampai ke Mekah.jika ada RM2,000 sahaja bolehkah kita?bagaimana jika ada RM200 sahaja...RM20? sudah semestinya mustahil.sama juga seperti ke Syurga. masalah pertamanya kita tak tahu berapa byk pahala yg harus kita kumpul untuk melayakkan kita ke Syurga. Jadi kita kena berusaha sebanyak mungkin bermala dan memperkukuhkan iman kita. ada yg tanya saya,banyak mana nk kumpul,pul? saya ckp kumpul lah sebanyak mungkin kerana kita ada masalah kedua pula yg pasti merisaukan kita jika kita berfikir tentangnya.Apa dia? jawapannya MATI.

bila tarikhnya malaikat Izrail akan datang menjemput kita? saya pasti jikalaulah kita tahu seminggu lagi kita hidup.sudah pasti tiada lagi muzik2, tiada lagi TV, tiada lagi enjoy dan sebgainya.sudah pasti setiap hari dlm seminggu kita akan berteleku di atas sejadah bersolat, berzikir,baca Quran dan bertaubat. begitu juga jika esok kita akan mati.ini yg pernah terlintas di hati saya dan fikiran saya pada suatu masa dahulu. bagaimana jika esok aku mati.saya renungkan balik byk mana amalan saya yg ada.cukup ke?saya rasa tak cukup...bagaimana dgn anda semua??Ini yg kita semua lupa...Mati...perkataan yg kita takut dengar jika berlaku kpd kita.itu maknanya kita cinta dan sygkan dunia. sebab takut akan matilah kita berlengah dlm mengumpul pahala. jika kita baca akhbar setiap hari.pasti ada berita tentang org yg mati. bila pula kita? telah berkata Aisyah, " Ya Rasulullah,adakah sesorg yg dihimpunkan bersama para syuhada?" Rasulullah SAW menjawab, " Iaitu org yg mengingati mati sehari semalam 20 kali."

Anas ra berkata,telah bersabda Rasulullah SAW " banyak2lah mengingati mati.Sesungguhnya ia dpt menghapuskan dosa dan zuhud di dunia."

ramai antara kita jika diperhatikan lupa akan mati..lupa akan amal yg dah dikumpulkan. mati blh dtg mcm2 cara. kadang2 masa tidur blh mati. sahabat saya pernah bercerita ayahnya meninggal semasa beliau baru pulang ke kampung.maka berkumpullah mereka berbual2 bersama ayah dan ibu.sedang rancak berbual tiba2 ayahnya diam..seperti org tidur.maka sahabat saya mengejutkan ayahnya.rupanya ayahnya telah mati". Innalillah dan Al-Fatihah sama2 kita sedekahkah untuk arwah. dan dikatakan juga org2 yg byk amalnya blh merasakan matinya dgn beberapa tanda bermula dr 100 hari,40 hari,7 hari etc....maka sempatlah untuk beramal dgn lebih byk.itulah kurniaan Allah SWT untuk hambanya yg soleh.

jadi sama2 kita renungkan kembali. berapa byk sudah kita kumpulkan sekiranya esok kita mati. berapa yakinkah kita yg amalan kita akan mengesahkan kita ke syurga. dunia ini sementara. dunia hanya lah tempat di mana kita berusaha mengumpul pahala untuk ke syurga. jika kita lalai dan cintakan dunia.nauzubillah....bagaimana kita nk kumpul sebyk mungkin pahala.ada byk caranya...saya ceritakan beberapa contoh di sini...solat contohnya. berapa ramai antara kita yg solat jemaah di masjid.sedangkan byk pahalanya drpd solat bersendirian di rumah. bezanya 27 darjat sebagaimana sabda Rasulullah SAW. kdg2 kita leka.zohor jam 1.20pm,jam 2pm,jam 3pm,jam 4pm baru kita nk solat.kita tak tahu beza antara menunaikan solat dgn menjaga solat. Rasulullah SAW pernah sesudah solat jemaah di masjid diberitahu yg ada beberapa org islam tak dtg solat jemaah. Rasulullah SAW sampai nak bakar rumah mereka. ini menunjukkan besarnya pahala solat berjemaah. pernah seorg sahabat Nabi SAW yg tidak pernah tak bersolat berjemaah dgn Rasulullah SAW.pada suatu hari beliau terlewat.sesudah sampai,solat sudah bersalam kanan dan kiri. sahabat berjumpa Rasulullah SAW bertanya bagaimana beliau nk menggantikan kembali takbir ratulihram berjemaah yg terlepas. Nabi SAW kata tak dapat dah. sahabat Nabi SAW ckp blh ke dia sembelih 100 ekor unta dan sedekah kpd fakir miskin dan anak yatim.dapatkah pahala sebagaiman takbir ratulihram bersama imam td. Rasul berkata lagi jika kau timbang pahala takbiratulihram bersama imam td dgn segala isi dunia.belum cukup menandingi pahalanya. maknanya sgt besar pahalanya. jadi ini juga satu peluang utk kita,sahabat2....

keduanya jika kita bersolat maghrib di masjid.biasanya sesudah maghrib akan ada ustaz2 dtg mengajar selama satu jam hingga isyak. jadi duduklah dengar. kerana Nabi SAW kata duduk di dalam majlis ilmu selama sejam pahalanya sepertimana bersolat sunat 1000 rakaat. jika kita mati semasa dlm majlis ilmu.dikira mati syahid.

ini antara beberapa cara kita nk mengumpul pahala. yg penting pertama sekali kita kena sematkan di hati kita iman terhadap Allah SWT dgn kukuh. barulah semuanya berjalan lancar. jadikan hati kita hati yg takutkan Allah SWT. hati yg taat kpd Allah SWT. jadikan diri kita org yg menrindui,mengasihi dan mencintai Allah SWT lebih dr segalanya.insyallah segala kepayahan,kepenatan akan hilang. kadang2 ada kwn2 kata pada saya.penat nk ke masjid lps balik kerja. nk rehat. saya kata belajar cinta dan kasih kan Allah SWT.Insyallah penat tu akan hilang. sbb org kalau dgn kekasih hati janji nk jumpa selepas seminggu tak jumpa pun semangat.hilang semua penat2.inikan pula berjumpa Allah SWT.Pencipta kita. keduanya saya tanya dia,rasa2 pahala dah cukup ke kumpul nk ke syurga.dia ckp entah.tak cukup kot.saya tanya mcmana kalau sejam lagi awak mati..jadi kita beramallah seperti esok kita akan mati...

sama2 juga kita belajar mensyukuri nikmat yg Allah SWT bagi pd kita.semasa anda baca tulisan saya ini,anda berkelip mata.itu juga nikmat Allah SWT.macamana kalau kita tak blh berkelip. kita buka PC kita dgn jari.itu juga nikmat.bersyukurlah ia masih berfungsi. Nabi SAW bersolat hingga bengkak2 kakinya sedangkan Baginda sudah dijamin syurga.jawab Baginda SAW,Baginda bersolat kerana bersyukur...subhanallah....

oleh itu sama2 kita berusaha mengumpul sebanyak mungkin pahala kerana mungkin tahun dpan tarikh mati kita...mungkin bulan depan..mungkin minggu dpn..mungkin esok..mungkin lagi sejam..sentiasa basahkan bibir kita dgn zikir...sentiasa letakkan Allah SWT dihati kita. mudah2an kita sama2 diberkati Allah SWT...amin....

mohon maaf jika ada yg terkurang isinya.Insyallah saya akan update kemudian kerana ada hal mustahak perlu diselesaikan.mudah2an ini dpt memberi kita sedikit rasa keinsafan dan sama2 lah kita mendekatkan diri kpd Allah SWT...

Sekian..Allahualam....


4 comments:

nasri upm said...

subhanallah....insaf2...

syed abdullay yakin said...

penceritaan yg benar2 menusuk ke hati...sangat2 menyedarkan dan menginsafkan..teruskan usaha murnimu wahai sahabat..

noor said...

benar2 menginsafkan dan menyedarkan...terima kasih saiful

alias said...

perkara yg banyak kita tak perasan...macamana kalau esok kita mati kan?