Tuesday, July 14, 2009

CERITA TELADAN 2 : Merdeka Kerana Memberi Makan Seekor Anjing

Abdullah bin Jaafar adalah seorg lelaki yg sgt dermawan.bapanya Jaafar adalah putera Abu Thalib,salah seorg pahlawan yg syahid dlm perang Mu'tah. Pada suati hari beliau berjalan2 utk melawat dan memeriksa kebun2nya. Ketika beliau hendak kembali ke rumah,cuaca sgt panas,sehingga beliau berhenti di sebidang kebun milik org lain.

Ketika dlm istirehatnya,Abdullah ternampak seorg hamba hitam sdg beristirehat di tepi kebun itu,sdgkan sinar matahari ketika itu sgt teriknya. tiba2 Abdullah melihat seekor anjing dtg dgn keadaan terhuyung hayang sementara lidahnya terjelir2 ke luar.anjing tersebur sgt lapar dan haus.Anjing tersbt menghampiri Hamba hitam itu sambil mengibas2kan ekornya dan matanya memandang anjing hamba itu seakan minta dikasihani.

ketika itu ditangan hamba hitam terpegang 3 keping roti.setelah melihat anjing itu,hamba memandang roti di tangannya.ia diulang berkali2.Abdullah bertambah bersungguh2 melihat gelagat hamba & anjing itu.tiba2 tanpa disangka Abdullah,hamba hitam itu melemparkan sekeping roti ditgnnya.anjing kelaparan itu menerkam dan memakannya hingga habis.kemudian anjing itu kembali kpd hamba hitam seakan2 meminta lagi.melihat keadaan itu,hamba itu membaling sekeping roti lagi.anjing tersebut mkn dgn lahabnya.setelah hbs,dia kembali lagi sambil mengibas2 ekornya.lantas hamba itu memberi lagi roti yg terakhir kpd anjing itu.maka anjing itu makan sehingga habis.setelah hbs,anjing tersebut beredar.hamba tersebut bgn sambil menyapu2 pakaian sambil memerhati anjing tersebut beredar pergi.

Abdullah Jaafar amat kagum melihat kejadian tersebut.lantas beliau memanggil hamba hitam itu.dan ditanya," Hai anak! berapa bykkah engkau memperolehi makanan dr tuanmu dlm satu hari?"

" Sebanyak yg Tuan lihat td,3 keping roti satu hari! ",jawab hamba hitam.

" Mengapa engkau berikan semuanya kpd anjing itu,sedangkan engkau tiada lagi memiliki persediaan makanan selepas itu?",tanya Abdullah

Hamba terdiam sambil menundukkan mukanya.

Abdullah bertanya lagi, " Kenapa engkau mendahulukan kepentingan anjing tersebut drpd dirimu sendiri?"

" Tuan...Hamba lihat anjing itu bkn anjing kawasan ini.sudah pasti ia dtg dr tmpt jauh dan mengembara mencari makanan sehingga kelaparan.melihat itu,hamba tidak sampai hati membiarkannya pergi dlm keadaan lapar dan lemah seperti itu.",jelas hamba

" Kalau begitu apakah engkau hendak makan hari ini?",soal Abdullah

" Biarlah hamba pererat ikat pinggang hamba utk menahan lapar.."

Abdulah termenung mendgr kata2 hamba hitam itu.dia kemudian berkata kpd dirinya sendiri." Aku dikenali org sbg dermawan yg pemurah.Sejauh manakah kedermawan dan kemurahanku berbanding dgn hamba hitam ini."

" mengapa Tuan termenung?",tanya hamba hitam. jawab Abdullah, " oh tidak nak...tidak apa2".

" Hamba ini lbh dermawan drpd aku.dia bersedia memberikan makanan utk bekalnya satu hari kpd seekor anjing,hanya kerana tdk sampai hati melihat anjing itu mati kelaparan.",fikirnya lagi.

Kemudian Abdullah memegang bahu hamba hitam dan meminta hamba hitam menunjukkan rumah tuannya.hamba itu membawa Abdullah ke rumah tuannya.setelah bertemu,Abdullah menyatakan mahu membeli kebun tersebut.maka terjadilah tawar menawar sehingga persetujuan dicapai.Abdullah bkn sahaja membeli kebun itu.tetapi termasuk peralatan2 dan hamba hitam itu sekali.setelah selesai kesemuanya.Abdullah menghampiri hamba hitam itu.

" Wahai anak! kebun yg engkau jaga ini telah aku beli drpd tuanmu termasuk dgn engkau sekali.mulai saat ini engkau aku merdekakan dr perhambaan!!"...Hamba tersebut memandang tuan lamanya dan kemudian memandang Abdullah.mulutnya terkunci dan dia seakan2 tidak percaya dia sdh merdeka.

" Benar nak! Engkau telah merdeka mulai hari ini!", ulang Abdullah." Bukan itu saja,malahan kebun ini aku hadiahkan kpdmu.mulai hari ini juga,engkaulah pemilik kebun ini,jagalah kebun ini baik2,semoga engkau berbahagia,",tambah Abdullah.

sungguh tercengang dan terharunya hamba hitam itu.dia amat kagum dgn kedermawan Abdullah dan kedermawan yg tdk pernah dimimpikannya selama ini. Sementara Abdullah pula merasakan kedermawan hamba hitam td lebih tinggi dan agung drpd kedermawannya sendiri. dgn air mata kegembiraan hamba hitam td memeluk Abdullah bin Jaafar sambil mengucap terima kasih yg tdk terhingga.

begitulah kisah kedermawan hamba hitam yg sanggup berlapar utk hamba Allah yg lain walaupun ia bknnya manusia. inikan pula kpd manusia.sesungguhnya sifat dermawan itu sifat yg terpuji....

1 comment:

Hamba Allah said...

bagus blog saudara. teruskan!