Thursday, January 7, 2010

KEALPAAN AZAM 2010

Assalamualaikum semua....

Selamat menyambut Maal Hijrah dan Selamat menyambut tahun baru 2010...

Ramai antara kita berazam baru utk 2010.soalan sinonim antara kita akan bertanyakan apa azam tahun baru kau?bermacam2 jawapan akan keluar.Namun ada realiti yang tersembunyi yang kita tidak sedari dan ianya adalah satu perkara yang amat besar dan sangat penting dalam hidup kita didunia sementara ini...

Masuknya tahun 2010 bererti setahun lagi kita berganjak mendekati satu tarikh yang terlalu penting namun ramai yang alpa dan lupa.iaitu TARIKH SAKARATULMAUT. tiada siapa yang pernah hidup didalam dunia ini tahu akan tarikh ini.begitu juga kita.adakah tahun 2010 ini?atau 2011 nanti.apapun masuk sahaja 2010 maka setahun lagi kita mendekatinya. setiap hari jaganya kita daripada tidur,bermakna sehari sudah berlalu dan kita semakin menghampiri tarikh tersebut.

Kalau anda membaca suratkhabar hari ini,pasti akan ada berita kematian.setiap hari.itu yang dipaparkan.yang tidak dipaparkan? tertanya2 juga bilakah kita pula? tarikh tersebut kita tak tahu bila dan bagaimana ianya berlaku..tidak semestinya ketika sakit tenat.jika dilihat didalam paper pun setiap hari ada orang mati kemalangan.tidak arwah yang melanggar,mungkin org yang melanggar arwah.dan bermacam2 lagi cara orang mati.

Persoalannya sekarang,sudahkah kita bersedia untuk menerima kedatangan tarikh tersebut.sudah berapa banyakkah amalan yang sudah kita kumpulkan? sudah layakkah kita mendapat rahmat daripada ALLAH SWT? oleh kerana kita terlupa dan alpa akan tarikh tersebut,maka setiap hari kita bazirkan waktu kita dengan perkara duniawi.kadangkala waktu lapang kita dan sebagainya.sebenarnya byk cara kita blh gunakan waktu yang ada. tatkala memandu kita blh berzikir atau pasangkan cd mengaji quran.tatkala sedang termenung kita blh merenung akan kejadian ALLAH SWT. pergunakanlah masa yang ada sebaiknya. kerana jika ditanya sesiapa sahaja matlamat akhirat sudah pasti semua akan menjawab syurga. tetapi apa usaha kita untuk kesana?

waktu didunia ini sebenarnya sangat singkat.kebanyakkan manusia paling tua meninggal pun umur 50-80 tahun.tetapi perasan kah kita berapakah tempoh masa sehari diakhirat?? ianya bersamaan 1000 tahun perkiraan dunia.maknanya manusia hari ini tiada seorang pun berusia sehari di akhirat nanti.jika kita baca buku seksaan api neraka,dikatakan untuk satu kesalahan dosa besar akan dicampakkan ke neraka hingga beratus atau beribu tahun.andai kata 100 tahun?berapakah jika didarabkan dgn perkiraan dunia yang sehari di akhirat bersamaan 1000 tahun dunia? sama2 lah kita renung dan fikirkan...

oleh itu saya menyeru diri saya sendiri dan sekalian pembaca,hargailah masa yang masih ada didunia.ketika kita masih lagi blh menyedut udara..ketika jantung kita masih lagi berdegup...seandainya terhenti,maka itulah tarikh tutup amalan kita. maka berangkatlah kita dgn amalan yg ada ke alam yang lain.dan ianya tiada peluang ke-2 mahupun ke-3...renungi diri kita sendiri barang seketika,cukupkah amalan kita jika esok adalah tarikh sakarulmaut kita????

wassalam....

No comments: