cerita ni aku ambil daripada buku lama-lama. masa balik kampung terjumpa balik.tak ingat masa darjah berapa dulu pernah baca. so aku kongsikan di sini mungkin boleh dijadikan teladan,ikutan ataupun ilmu kepada semua..insyallah....
Anas bin Malik r.a berkata : Sewaktu kami bersama-sama Rasulullah s.a.w berada di Tabuk, maka terbitlah matahari yang mana cahayanya belum pernah terlihat seperti itu sebelumnya. Jauhnya cahaya itu dari Rasulullah s.a.w dengan kota Madinah ialah sebulan perjalanan. Maka pada satu hari terbit pula matahari dalam keadaan redup, dan turun malaikat Jibrail a.s
Apabila melihat kedatangan Jibrail a.s, maka Rasulullah s.a.w pun lantas bertanya : " Wahai Jibrail, kenapa matahari hari ini teribit dalam keadaan redup?"
Berkata Malaikat Jibrail a.s : " Matahari hari ini nampak seperti redup adalah kerana terlampau banyaknya sayap para malaikat "
Berkata Rasulullah s.a.w pula : " Apa halnya maka terjadi demikian?"
Berkata Jibrail a.s : " Ini adalah kerana Mu'awiyah telahpun meninggal dunia di Madinah, Allah s.w.t telah mengutuskan seramai 70,000 malaikat supaya membaca selawat untuk Mu'awiyah "
Berkata Rasulullah s.a.w : " Apa sebabnya?"
Berkata malaikat Jibrail a.s : " Ini adalah kerana Mu'awiyah itu selalu banyak membaca " Qul huwallaahu Ahad " di waktu malam, siang, pagi,balik bahkan setiap keadaan "
Berkata Jibrail a.s lagi : " Ya Rasulullah s.a.w, mahukah kamu aku genggam bumi ini supaya bumi ini membaca selawat untuk Mu'awiyah?"
Berkata Rasulullah s.a.w : " Ya Jibrail, teruskan "
setelah mendapat perintah dari Rasulullah s.a.w, maka Jibrail a.s pun memukul kedua belah sayapnya pada bumi sehingga bumi menjadi sempit. Kemudian diangkatnya sehingga Rasulullah s.a.w dapat melihat dibelakangnya diiringi oleh malaikat-malaikat yang berbaris-baris, setiap satu baris itu ada 70,000 para malaikat. Setelah itu Rasulullah s.a.w pun mengerjakan solat untuk Mu;awiyah.
Surah Al-Ikhlas memang banyak kelebihannya, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Barang siapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kubur. Dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian Shiratul Mustaqim dan menuju ke Syurga " ( Tadzkiratil Qurthuby )
Di dalam buku lain pla menceritakan..ni buku baru-baru lah pula.
Surah Al-Ikhlas bererti tauhid yang sebersih-bersihnya. ianya surah yang ke 112 dalam Al-quran dan mengandungi 4 ayat sahaja. Ia dinamakan Al-Ikhlas kerana Rasulullah s.a.w diperintahkan agar menegeskan kepada umum bahawa Allah Taala Maha Esa dan tiada sebarang bandingan-Nya. surah ini menjadi pokok akidah yang sebersih-bersihnya untuk dijadikan asas pegangan hidup umat islam.
Antara faedah-faedah dan hikmah mengamal Al-Ikhlas ini :
* Sesiapa membacanya satu kali, maka Allah Taala memberi pahala sebanyak pahala seratus orang pahlawan syahid ( maksud hadis dari Ubai bin Ka'ab )
* Sesiapa yang membacanya 10 kali setiap selepas solat Subuh, maka tidak akan terjadi kepadanya satu dosa pun, walaupun syaitan bersungguh-sungguh mengodanya.
( maksud hadis dari Ali Abu Talib r.a )
* Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas satu kali maka seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran ( maksud hadis dari Anas bin Malik )
* Sesiapa yang membacanya 3 kali, maka seolah-olah ia membaca keseluruhan Al-Quran
( maksud hadis dari Anas bin Malik )
* Sesiapa yang mebacanya dalam solat-solat fardhu, maka Allah Taala mengampuninya berserta kedua ibu bapanya dan orang-orang yang celaka lalau menuliskannya dalam buku daftar orang-orang yang berjaya. ( dari sebuah akhbar-Majalis )
* Sebuah hadis Rasulullah s.a.w pula bermaksud, sesiapa yang membacanya 10 kali maka Allah Taala akan membinanya sebuah rumah di dalam syurga
* Sesiapa membacanya semasa sakit yang mebawa kepada kematiannya, maka ia tidak akan terken fitnah kubur dan aman dari himpitan kubur dan ia akan dibawa oleh malaikat dengan tapak tangannya hingga melepasi sirat menuju ke syurga.
( maksud hadis riwayat At-Tabrani )
* Sebuah lagi hadis Rasulullah s.a.w bermaksud, sesiapa yang membacanya di atas perkuburan sebanyak 11 kali dan pahalanya dihadiahkan kepada umat islam yang telah meninggal dunia, maka diterimakan kepadanya pahala sebanyak mereka yang telah meninggal dunia.
terdapat banyak lagi faedah,hikmah dan fadilah mengamalkan Al-Ikhlas.sesiapa ada hikmah dan faedah lain,sila komen untuk dikongsikan bersama.
Erti Surah Al-Ikhlas :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
1. Katakanlah : " Dia-lah Allah, Yang Maha Esa."
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan.
4. Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan Dia.
Sekian, Allahulam....
Tuesday, October 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hmm....bgs po...
Post a Comment